Insan & Komuniti 14 Sep, 2020

Apex Tajuddin sihat! Jalani pembedahan 3 jam buang apendiks!

@fatimah itayah
Mula ceburi dunia kewartawanan sebagai wartawan akhbar. Masih banyak perlu dipelajari!

Share this

JUARA Mentor Milenia 2019, Apex Tajudin selamat jalani pembedahan membuang apendiks pada Ahad (13 September 2020) lalu di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu. Pendatang baru industri muzik tanah air yang punyai wajah iras Allahyarham Sudirman Arshad ini akan rehat seketika daripada aktiviti seni. " KitaReporters

Apex ditemani isterinya, Noralia Syamira kini sedang berehat di HSNZ setelah selamat jalani pembedahan buang apendiks. - Kredit foto: IG lyasyameraa


Lagi cerita-cerita berkaitan penyanyi:

https://kitareporters.com/search?search=penyanyi


Apex atau nama sebenarnya Ahmad Amirul Hafizi Ahmad Tajudin, 24, mengakui terkejut apabila dimaklumkan doktor dirinya menghidap apendiks apatah lagi perlu  jalani pembedahan segera pada hari yang sama. 

Menurutnya, dia mengalami sakit perut  sejak empat hari lalu dan telahpun mendapatkan rawatan di sebuah hospital, namun doktor memaklumkan ia akibat gastik.

“Semalam, saya ke sebuah klinik swasta setelah sekali lagi alami sakit perut yang teramat. Doktor maklumkan saya menghidap apendiks dan mengeluarkan surat bagi dirujuk ke HSNZ, Kuala Terengganu.

“Hasil pemeriksaan doktor sekali lagi di HSNZ mengesahkan saya ada apendiks. Saya terus dimasukkan ke wad sekitar jam 11 pagi (13 September) dan perlu jalani pembedahan pada malam hari yang sama.

Apex Tajudin memuat naik perkembangan kesihatan diri dilaman Instagram miliknya.


Apendiks sudah pecah. Syukur setelah sekitar tiga jam berada dalam dewan pembedahan, berakhir jam 10 malam lebih malam tadi, segala-galanya selamat.  

"Cumanya saya agak terperanjat apabila dimaklumkan menghidap apendiks dan akan dibedah segera kerana sebelum ini saya ingat saya ada gastrik,” katanya ketika dihubungi Mojo KitaReportes, hari ini Isnin, 14 September 2020.

Doa dan ucapan daripada pengikut Instagram. 


Tambah Apex, dia kini perlu berehat terlebih dahulu dan sebarang acara atau aktiviti berkaitan karier perlu ditangguhkan sehingga kesihatannya benar-benar pulih.

Apex juga memuat naik fotonya selepas jalani pembedahan tersebut dalam laman Instagram miliknya yang mempunyai lebih 82,000 pengikut dan rata-rata pengikut laman sosial  mendoakan penyanyi lagu Panggung itu cepat sembuh.

Kenangan... Apex Tajudin (kiri) bersama mentornya, Hazama bergambar selepas diumumkan juara Mentor Milenia 2019.  - Kredit foto: Internet


Dalam rancangan realiti Mentor Milenia 2019 pada Disember 2019 lalu,  Apex yang juga protégé kepada mentor Hazama muncul juara tewaskan tiga protégé lain iaitu Daus Husny (naib juara), Aedy Kama (tempat ketiga) dan Rika Riana di tempat keempat. - KitaReporters

Wajah Apex Tajudin dikatakan punyai iras Allahyarham Sudirman Arshad.

0
0
0
0
0
You will be interested