KEADAAN bangsal kecil yang dibina sendiri oleh Mohd. Nizam untuk mereka sekeluarga tumpang teduh di pinggir kampung berhampiran UIAM, Gombak. - Kredit Foto LZS.
TIADA siapa menyangka bangsal kecil yang terletak di dalam hutan di pinggir kampung berhampiran Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di Gombak, Selangor ini rupanya ‘istana’ buat tiga beranak.
Sekali
pandang bangsal usang itu tidak layak untuk didiami manusia kerana terlalu
kecil dan hanya sesuai untuk ternakan yang menumpang berteduh.
Namun disebabkan desakan hidup memaksa seorang lelaki, Mohd Nizam bersama isteri dan anak kecil menumpang teduh di pondok yang dibina sendiri menggunakan barangan terpakai.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Lembaga Zakat Selangor
PASUKAN Baitulmal MAIWP melihat sendiri kedaifan keluarga yang terpaksa menumpang teduh di sebuah bangsal kecil. - Kredit Facebook Baitulmal MAIWP
Malah jelas kelihatan kedaifan keluarga itu dengan terzahir dari luaran bangsal kecil yang dibina sendiri dengan menggunakan barangan terpakai yang dikutip.
Ketua keluarga
yang mendiami pondok berkenaan Mohd. Nizam berkata, dia terpaksa berpindah ke
pondok yang dibina sendiri itu sejak enam bulan lepas kerana tidak mampu membayar sewa rumah yang
didiami sebelum ini.
Siapa sangka
‘kehadiran’ Covid-19 yang menggegar dunia meninggalkan kesan mendalam buat
keluarga kecil ini.
Sebelum ini, Mohd Nizam menyara hidup sebagai tukang kayu dengan pendapatan yang tidak menentu.
Namun akibat pandemik Covid-19, kerja semakin berkurangan menyebabkan beliau tidak dapat membayar sewa rumahnya dan terpaksa akur untuk keluar dari rumah apabila diarahkan.
Dia kemudian
nekad mencari barangan terbuang dan mendirikan pondok kecil untuk isteri
anaknya.
Kini
isterinya sarat mengandung tujuh bulan terpaksa melalui hari-hari dalam
keadaan yang sukar di dalam pondok yang tidak selesa.
Jika wanita lain yang mengadu tidak selesa dengan keadaan berbadan dua, namun tidak kepada isteri Mohd. Nizam yang terpaksa meneruskan kehdupan dalam keadaan serba-serbi yang tidak selesa.
Tapi apakan daya hanya itu yang mampu disediakan untuk keluarga kecil tanpa mahu menyusahkan ahli keluarga yang lain.
Kredit foto: FB Baitulmal MAIWP.
Namun syukur keperitan yang dilalui itu ‘dipandang’ oleh pihak berkuasa dan terus dibantu dengan segera.
Terdahulu Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah mengunjungi pondok kecil yang didiami keluarga kecil berkenaan.
Sementara itu, Lembaga Zakat Selangor (LZS) menerusi satu kenyataan dalam Facebook memaklumkan selepas mendapat maklumat pihaknya terus mengunjungi keluarga berkenaan.
Syukur! Akhirnya
keperitan yang dialami itu tidak berpanjangan.
Malah keluarga kecil itu menerima bantuan awal daripada pihak UIAM, wakil Istana Negara serta Baitulmal MAIWP.
BANTUAN diserahkan wakil LZS kepada Mohd Nizam selepas didaftarkan di bawah asnaf Selangor.
“Kami daftarkan mereka di bawah asnaf di Selangor dan turut menghulurkan bantuan hari raya sebanyak RM500. Bantuan seperti kewangan bulanan dan sewa rumah turut disalurkan kepada keluarga ini,” katanya LZS dalam kenyataan berkenaan.
Keluarga Mohd Nizam kini didaftarkan di bawah asnaf di Selangor dan menerima bantuan.
Syukur semoga dengan bantuan yang disalurkan dapat meringankan beban sekali gus dapat mengubah nasib keluarga kecil itu.
Tapi yakinlah setiap kesusuahan yang dilalui itu pasti berakhir dengan kesenangan kerana Allah telah berjanji ujian yang diberikan itu setaraf dengan kemampuan dirinya.
Ternyata keluarga Mohd. Nizam kuat kerana itulah Allah menguji mereka sekeluarga.
Terima kasih LZS dan Baitulmal MAIWP kerana sentiasa prihatin dengan rakyat yang melalui saat getir seperti keluarga Mohd. Nizam. - KitaReporters