Insan & Komuniti 19 Aug, 2020

Permintaan pekerja Poslaju tertunai! Isteri mengidam mangga!

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. 📧: akmar_mm@yahoo.com

Share this

PERKONGSIAN cerita oleh seorang pengguna Twitter yang menggunakan nama Dell mengenai seorang pekerja Poslaju yang menulis nota pada barang yang dihantar kepada pelanggan dipercayai bapanya, menarik perhatian dan menyentuh hati ramai orang. Dalam nota tersebut, pekerja berkenaan meminta kepada tuan rumah beberapa biji mangga kerana isterinya sedang mengandung. : KitaReporters



Lagi cerita-cerita mengenai Pos Malaysia:

https://kitareporters.com/search?search=Pos+Malaysia


“Salam tuan rumah, Poslaju ni. Boleh saya minta buah mangga? Esok saya datang ambil. Isteri mengandung,” tulisnya

Mungkin tersentuh hati dengan kasih sayang dan kejujuran pekerja Pos Malaysia itu, Dell berkongsi gambar nota tersebut dalam Twitternya sehingga mendapat reaksi orang ramai yang turut terkesan.

“Siapapun abang Poslaju ini, satu je nak cakap, love (emoji cinta),” tulisnya ringkas.


Rata-rata netizen turut meninggalkan mesej dalam ruangan komen dan ada antaranya mahukan perkembangan terkini mengenainya.

“Kami mahukan perkembangan terkini, comel,” tulis salah seorang netizen.


Terbaharu, Dell sekali lagi berkongsi perkembangan terbaharu mengenai pekerja Poslaju berkenaan.

Menurut Dell, dia mendapat mesej bergambar daripada ayahnya menjelaskan buah mangga telah disediakan untuk pekerja Poslaju berkenaan.

“Ayah saya hantar ni. Sangat bermakna,” tulisnya.


Dalam mesej bergambar itu jelas tertulis nota berbunyi “Abang Poslaju, saya sudah petik buah mangga yang abang nak. Ambil di rak kasut tempat abang letak Poslaju hari tu”.

Perkembangan terbaharu itu membuatkan beberapa orang netizen turut gembira dan tersentuh hati.

“Aaah, ini sangat menghangatkan hati saya,” tulis netizen.


Semoga pekerja Poslaju ini dapat membawa balik mangga yang diidamkan oleh isterinya yang sedang mengandung.

Buat tuan rumah, sekaligus pemilik buah mangga, semoga anda dimurahkan rezeki oleh Allah SWT. Alangkah bahagianya kalau semua orang saling berkasih-sayang seperti ini. - KitaReporters

14
0
0
0
0
You will be interested