SUDAH jadi lumrah dalam kehidupan berumah tangga, pasti ada pasang dan surutnya, jika hari ini bahagia tidak mustahil esok pula bermasam muka kerana ketidakpuasan hati, begitulah perjalanan rumah tangga. Malah pergaduhan dalam hubungan suami isteri juga merupakan sebahagian ‘perkara wajib’ dan dilalui setiap pasangan. Namun di sebalik pergaduhan dan pertengkaran kadangkala boleh mengeratkan hubungan. : KitaReporters
Pekan Como dekat Milan di Itali. - Kredit foto: dronestagr.am
Lagi kisah-kisah berkaitan suami isteri:
https://kitareporters.com/search?search=suami+isteri
Kejadian sama berlaku kepada pasangan suami isteri di
Itali yang bertengkar sehingga menyebabkan suaminya mengambil keputusan untuk
keluar rumah bagi menenangkan fikiran.
Namun mengejutkan tanpa disedari lelaki itu telah berjalan tanpa henti selama seminggu dan berjalan kaki hampir 420 kilometer dari kediamannya di Como, sebuah bandar di utara Milan, baru-baru ini.
GAMBAR hiasan... Tenangkan fikiran selepas bertengkar dengan isteri, namun tidak menyangka si suami mampu berjalan sejauh 420 kilometer dri rumahnya di bandar Como, Itali baru-baru ini. - Kredit foto: unsplash.
Memetik portal odditycentral.com, lelaki berusia 48
tahun itu keluar rumah sehelai sepinggang, namun ketika sampai di pekan Fano, kira-kira 420 kilometer dia ditahan sebuah kereta polis yang sedang membuat rondaan bagi
memastikan orang ramai mematuhi perintah
berkurung yang dikuat kuasa di seluruh Itali.
Anggota polis kemudian menahan lelaki berkenaan yang dilihat berjalan sendirian di jalan raya kira-kira 2 pagi.
Namun alangkah terkejut apabila disoal siasat lelaki berkenaan adalah individu yang dilaporkan hilang selama seminggu yang lalu oleh isterinya.
JAUHNYA berjalan... Lelaki berkenaan sendiri tidak menyangka mampu berjalan sejauh itu selepas bergaduh dengan isterinya. - Kredit foto googlemap
Lelaki berkenaan menjelaskan dia sebenarnya kecewa selepas bergaduh dengan isterinya menyebabkan dia nekad meninggalkan rumah dengan tujuan untuk menenangkan fikiran. Namun lelaki berkata dia sendiri tidak menyangka boleh berjalan sejauh itu.
Wow kuatnya kaki boleh berjalan sejauh itu!
“Saya berjalan kaki tanpa hala tuju namun tidak sangka
boleh sampai sejauh ini.
“Sepanjang perjalanan saya menemui orang yang sangat
baik dan menghulurkan makanan dan minuman kepada saya,” kongsinya sambil
menjelaskan dia langsung tidak menumpang kenderan lain sepanjang perjalanan
berkenaan.
Tambahnya kepada pihak berkuasa , buat masa ini dia sangat penat dan perlukan rehat.
GERAM selepas bertengkar dengan isteri lelaki berusia 48 tahun itu nekad keluar rumah bagi menenangkan fikiran dengan berjalan kaki sejauh 420 kilometer dan tiba di pekan Fano. - Kredit foto: framepool
Lelaki berkenaan bernasib baik dan dibebaskan polis selepas pihak berkuasa itu menghubungi isterinya. Namun dia dikenakan denda sebanyak 400 euro (RM1,968) kerana melanggar perintah berkurung.
Kan tak pasal-pasal kena denda.. dahla hati sakit lepas bergaduh kena denda pulak! Malah pihak berkuasa juga turut mendapatkan bilik hotel sementara bagi menunggu isterinya datang menjemputnya.
Lain kali jangan merajuk lama-lama tak pasal-pasal kena kejar dan tahan dengan polis!. Semoga pasangan itu berbaik semula dan mengambil iktibar dengan apa yang berlaku.
Lain kali jangan merajuk lama sangat susah hati orang kat sebelah tu! : KitaReporters