Insan & Komuniti 23 May, 2021

Sangra si jagoan Sukan SEA, guru tinju sudah tiada! Antara petinju profesional sulung negara!

@abdul hafiz ahmad
Wartawan Utusan Malaysia 1997-2019, menyertai akhbar mingguan tabloid Buletin Utama dan Harian Watan 1994-1996. Tetamu Sebelum Wisel, Wisel Penamat, Planet Sukan, Stadium Angkasa, Selamat Pagi Malaysia (RTM); Kafe Sukan, Nadi Arena (Astro Arena) dan Ruang Bicara (Bernama TV). Pemenang Peraduan Penulis Sukan Piala Asia AFC 2007 dan Ahli Jawatankuasa Pemilihan Anugerah Sukan Negara 2008-2017. E-mel: [email protected]

Share this

M. Sangralingam (kiri) beraksi pada Sukan SEA Kuala Lumpur 1989 dengan meraih pingat gangsa. - Kredit foto: blog Boxing Malaysia


ARENA sukan tinju Malaysia kehilangan bekas petinju dan pemenang pingat gangsa Sukan SEA Kuala Lumpur 1989, mendiang Sangralingam Mahalingam pada Rabu, 19 Mei 2021 lalu.

Sangralingam juga merupakan jurulatih dan pemilik Kelab Tinju Sangra di Ampang Jaya, Selangor.

“Mendiang meninggal dunia kerana jangkitan paru-paru pada usia 63 tahun di Ampang,” kata Pengerusi Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb), Datuk Noorul Ariffin Abdul Majeed.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan sukan tinju

SANGRALINGAM berpengalaman sebagai petinju negara lebih sedekad selain sering menyertai aktiviti Yakeb. - Kredit foto: blog Boxing Malaysia


Mendiang memenangi pingat gangsa kelas featherweight (bawah 57 kilogram) dalam temasya dwitahunan ke-15 itu bersama petinju Filipina, Ronald Chaves.

Masing-masing ketika itu disekat pada separuh akhir oleh pemenang pingat emas dan perak, Ilham Lahia dari Indonesia dan Raiman Boonthom (Thailand).

Pemergian mendiang yang juga pesara Polis Diraja Malaysia (PDRM), meninggalkan seorang balu dan seorang anak.


SANGRALINGAM, petinju negara yang memasuki era tinju pro pada 1990. - Kredit foto: blog Boxing Malaysia 


Menurut blog Boxing Malaysia, Sangralingam merupakan bekas petinju yang sering mewakili PDRM dalam kejohanan selain menjadi antara petinju yang memasuki era tinju profesional negara apabila diperkenalkan pada 1990.

Antara kejohanan yang pernah merakamkan aksinya ialah Jemputan Terbuka Selangor, Piala Presiden dan Piala Ulang Tahun di Jakarta, Kejohanan Kebangsaan Piala Malaysia, Pesta Pulau Pinang, Kejohanan ASEAN dan Kejohanan Asia.

Sukan SEA Kuala Lumpur 1989 turut menyaksikan skuad tinju negara mengumpul sebutir pingat emas, tiga pingat perak dan enam pingat gangsa yang mengakhiri kemarau emas sejak kali terakhir dijuarai Terence Stahlmann di Bangkok 1967.


SANGRALINGAM (barisan kedua, empat dari kiri dan Zulkefly Yaakob (lima dari kiri) dalam kontinjen Sukan SEA Kuala Lumpur 1989. Di depan (dua dan tiga dari kiri), pelumba basikal, Rosman Alwi dan atlet olahraga B. Rajkumar. - Kredit foto blog Boxing Malaysia


Antara yang sepasukan dengan mendiang ialah pemenang emas tunggal Malaysia, Zulkefly Yaakob dalam kelas middleweight (75 kg).

Petinju-petinju lain termasuk Mahazlan Salan, Nikmat Jantan dan Haron Ismail yang menyumbangkan perak masing-masing dalam kelas pinweight 45 kg, welterweight 67 kg dan heavyweight 91 kg.

Pemenang gangsa Sukan SEA 1989 pula ialah Yahaya Mohd. Saad (pinweight), Azmi Yunos (bantamweight 54 kg), Mohd. Hainol Ramli (lightweight 60 kg), Dzulkarnain Abdullah (light middleweight 71 kg) dan Chong Sin Lee (light heavyweight 81 kg).

Pencapaian skuad negara khususnya Zulkifli yang turut mendapat tunju ajar jurulatih Jepun dan Thailand ketika itu merupakan antara yang terbaik dalam sejarah tinju Sukan SEAP/SEA. - KitaReporters


 AKSI Sangralingam (kanan) dalam era tinju profesional Malaysia. - Kredit foto: blog Boxing Malaysia


MUNCUL juara sebuah pertandingan tinju tempatan. - Kredit foto: blog Boxing Malaysia


SANGRALINGAM (kanan) sentiasa gigih mencurahkan ilmu, kemahiran dan pengalamannya di Kelab Tinju Sangra di Ampang Jaya, Ampang, Selangor. - Kredit foto: blog Boxing Malaysia


SANGRALINGAM (tengah) mempunyai ramai anak didik kalangan remaja yang meminati sukan tinju. - Kredit foto blog Boxing Malaysia

3
0
2
0
0
You will be interested