PANTAS menghulur bantuan dan tiada karenah birokrasi!! Biarpun baru menerima perkhabaran Zoo Negara kini sedang tenat, bantuan Ebit Lew tiba tidak sampai beberapa jam selepas itu. Kalah wakil rakyat, Ebit Lew tapau habis semua bantuan segenap jiwa yang hidup di bumi bertuah ini. : KitaReporters
Kredit foto-foto: FB Ebit Lew
Lagi kisah-kisah Ebit Lew:
https://kitareporters.com/search?search=Ebit+Lew
Pantang ada kisah sedih, Ebit Lew akan muncul menyelesaikan gundah di hati. Dan kini giliran penghuni Zoo Negara menerima manfaat.
Berkongsi berita duka dalam laman Facebook miliknya, pendakwah bebas itu menyatakan menerima sendiri permintaan daripada Zoo Negara bagi menyelamatkan haiwan di sana.
Jelasnya, pendapatan mereka terjejas teruk sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan sejak awal Mac 2020. Tambahnya lagi, kos sebanyak RM1 juta sebulan diperlukan bagi perbelanjaan makanan dan penyelenggaraan zoo.
Atas dasar kemanusiaan, sebanyak 200 kilogram daging lembu dan 500 kilogram buah-buahan dan sayur-sayuran disumbangkan bagi membantu mengurangkan beban perbelanjaan Zoo Negara.
Ulasnya, pihak Zoo kini dikendalikan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan kini amat mengalu-alukan bantuan kewangan ataupun makanan.
Berikut merupakan perkongsian Ebit Lew dalam laman Facebook miliknya:
“Sayu rasa hati bila dapat permintaan dari zoo negara untuk selamatkan haiwan di sana. Perbelanjaan mereka 1 juta sebulan hanya untuk makanan dan penyelenggaraan zoo. Sekarang dah banyak bulan tiada langsung pendapatan semenjak awal PKP.
"Mereka sangat kekurangan dana. Saya tahu tengah hari tadi. Petang ni terus bawa 200kg daging lembu dan 500kg buahan dan sayuran.
“Dulu saya sampai sini masa darjah 1. Selalu juga bawa anak-anak. Kenalkan pada anak haiwan di sini. Zoo Negara mengalu-alukan sesiapa ingin membantu dari segi duit atau makanan.
"Rupanya zoo negara dikendalikan oleh NGO sahaja. Sesiapa ingin membantu boleh terus hubungi zoo negara. - Ebit Lew.” - KitaReporters
Kredit foto-foto: FB Ebit Lew