Insan & Komuniti 21 Mar, 2020

KAMU SUPERHERO!! DOA RAKYAT UNTUK PETUGAS

@kartini mohd noor
Pernah berkhidmat sebagai 1. Stringer Berita Harian 2. Wartawan Berita Harian 3 . Penyunting Harian Metro 4. Grup Editor Majalah IBUBAPA

Share this

"Ya Allah sembuhkan lah mereka yg bertungkus lumus berkhidmat untuk masyarakat ni...  Thank you Sir for all you, your team and all the frontliners. Maybe God give you strength and protection always. God bless all....  Ya Allah berilah sinar cahaya yg terbaik utk petugas petugas kesihatan, kami doakan anda selalu."  Itulah adalah doa bersama penghargaan rakyat yang mula mencurah masuk dalam laman media sosial Datuk Dr Noor Hisham AbdullahKitaReporters.com

Semoga semua petugas dilindungi kesihatan mereka. - Gambar FB Datuk Dr Noor Hisham.


Facebook Ketua Pengarah Kesihatan itu (https://www.facebook.com/DGHisham) menjadi tumpuan netizen yang menyuarakan sokongan kepada kerajaan supaya orang ramai duduk di rumah bagi menghentikan rangkaian wabak Covid-19 daripada terus merebak.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. - Kredit foto: FB https://www.facebook.com/DGHisham/


Di tengah-tengah kebimbangan ada rakyat tidak mematuhi arahan sekatan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuat kuasa mulai 18 Mac 2020, banyak sebenaarnya yang menyokong kerajaan dan mendoakan petugas barisan depan negara itu sentiasa dilindungi Allah SWT.

Setakat jam 1.30 pagi 21 Mac 2020 hampir 10,000 ucapan penghargaan dan doa memenuhi laman siaran FB Dr Hisham yang dari semasa ke semasa memuatkan naik setiap laporan sama ada kenaikan jumlah kes atau info terperinci kemasukan pesakit.

Si kecil ini tidak mahu ketinggalan menyokong.


"Doakan mereka selamat, saya buat setiap hari. Dan duduklah di rumah untuk tanda sokongan dan hormat kita. Harap kerajaan pusat dapat memberi sedikit imbuhan untuk barisan hadapan negara," demikian luahan Thiam Phang.

Beliau berkata demikian mengulas laporan terbaru oleh Datuk Dr Noor Hisham setakat ini sudah 15 petugas kesihatan dengan 12 petugas kerajaan dan tiga orang dari sektor kesihatan swasta telah dijangkiti virus Covid-19.

Salah seorang daripada 12 kakitangan itu kini berada di ICU dan memerlukan bantuan penafasan.

Macam sedang menuju ke zon bencana perang laksana wira negara.


Semua bangsa berdoa agar rakyat negara ini bersatu dan patuhi arahan duduk di rumah untuk memecahkan penyebaran wabak Covid-19 ini dengan segara.

Rajpal Singh Ghai berkata: "Doa kami sentiasa bersama kamu. Terimakasih untuk semua termasuk pegawai kesihatan kerana mengadaikan nyawa sebagai barisan harapan. Tuhan merahmati kamu."

Ileena Abdul Muin pula mengingatkan orang ramai jangan sesekali menipu ketika situasi mencemaskan ini.  "Tolonglah jujur, berikan maklumat yang benar sama ada anda pernah terbabit dengan mana-mana perhimpunan atau melancong."

Kami sokong dan terus berdoa. - Gambar FB Datuk Dr Hisham.


"Satu tepukan gemuruh dan terima kasih buat semua doktor, jururawat, anggota polis, pasukan tentera, kakitangan kerajaan dan staff barisan hadapan. Awak adalah `superhero` kami," Ahmad Suffian menulis dengan rasa bangganya.

Azly Azly berdoa semoga Allah SWT memberikan kekuatan dan kesembuhan kepada semua petugas.

Suetlana Lee berterima kasih kepada Datuk Dr Hisham kerana sentiasa memberi info terkini dan melahirkan rasa ragunya sama ada semua petugas kesihatan termasuk Dr Hisham dapat rehat yang secukupnya.

Mohd Izat Ismawi ketika mengulas komen Sheikh Muhammad Faris mencadangkan pasukan tentera yang akan membantu pegawai keselamatan itu, ditempatkan di pusat saringan dan hospital bagi mengatasi masalah orang yang menipu.

"Kerana pentingkan diri sendiri menyebabkan ramai kakitangan bertugas terkena jangkitan wabak itu dan mungkin juga orang ramai yang berada di sekitarnya," katanya beliau.

Beliau berkata, punca orang menipu ketika memberikan maklumat kerana bimbang situasi akan menjadi lebih teruk dan mungkin mereka tidak bersedia berpisah dengan keluarga.

Keadaan pusat penyaringan yang menjadi barisan hadapan mengawal Covid-19.


Malah katanya, pesakit itu juga bimbang tidak boleh menerima kunjungan dan akan mati bersendirian. 

Malah kalau mati pun orang tersayang tidak dapat menghampiri kubur untuk menyaksikan pengkebumian.

Chew Kok Joo Sean pula berkata dia hormat tindakan kerajaan Singapura yang tegas dalam membuat saringan, mengenakan hukuman yang keras dan memiliki  sistem canggih yang boleh mengawal orang ramai ketika dikurantinkan.

Pelukis kartun memasukan doktor dalam kumpulan superhero yang menjaga keamanan dunia. - Gambar FB Datuk Dr Hisham (https://www.facebook.com/DGHisham/).

2
0
0
0
0
You will be interested