DARI meja Mufti dilantik menjadi barisan Menteri... Siapa yang tidak mengenali Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Al-Bakri yang merupakan tokoh agamawan yang disegani dan dihormati seluruh bangsa berbilang kaum di Malaysia termasuk orang Cina dan India?? : KitaReporters
Dia yang mencatat sejarah tersendiri sebagai Mufti pertama yang diangkat menjadi salah seorang Menteri kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhiyddin Yasin disifatkan oleh ramai warga maya sebagai pemilihan yang sangat meyakinkan dan melegakan.
Debaran rakyat Malaysia yang menantikan keputusan pelantikan Menteri Agama itu berharap pemilihan kali ini dapat memberikan 'nafas' baharu yang mampu memperkasakan hal-hal berkaitan agama dan kepercayaan yang sinonim dengan sensitiviti masyarakat Melayu Islam.
Sudah pastinya pelantikan, Dr Zulkifli menjadi buah mulut pada dada-dada akhbar dan media sosial bahawa pemilihan tokoh agama yang cerdik pandai itu sangat bertepatan dengan kehendak masyarakat yang mengenalinya.
Memetik laporan Harian Metro, pemegang Ijazah Sarjana Muda Syariah dari Universiti Islam Madinah; Ijazah Sarjana Muda Syariah dari Universiti Ulum al-Islamiyyah wa al-Arabiyyah, Syria; dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dari Universiti Sains Malaysia (USM) dalam bidang pengkhususan pengeluaran Fatwa ini begitu terkejut dengan pelantikan yang diumumkan PM kelapan itu.
Sumber grafik: Berita Harian Online
Dia yang pakar serta berpengalaman dalam mengendalikan isu-isu berkaitan agama mempunyai perwatakan yang warak, sopan dan memiliki wajah yang menenangkan kepada sesiapa yang bercakap dan bersua dengannya.
Sebelum ini, Dr Zulkifli dilihat lantang memberikan nasihat dan teguran melalui kiriman surat terbuka dalam laman media sosial khususnya FB beliau (https://www.facebook.com/drzulkiflialbakri/) terhadap beberapa isu tular dalam negara berkaitan LGBT, penularan video lucah, larangan menyentuh anjing dan berkaitan sumpah laknat.
Kredit foto: https://www.facebook.com/drzulkiflialbakri/
"Sejurus pengumuman pelantikan sebagai YB Menteri Di Jabatan Perdana Menteri saya menuju ke Masjid Slim River, Perak untuk menyampaikan kuliah bulanan.
"Saya dengan rendah hati meminta pohonan doa dari sahabat semua untuk diberikan kekuatan oleh Allah bagi menggalas tanggung jawab dan amanah ini.
"Berilah bantuan, pandangan dan tunjuk ajar kepada saya untuk kita sama-sama meneruskan legasi kepada kepimpinan terdahulu," ujarnya dalam postingnya dalam media sosial.
Dia merupakan pemegang tokoh Maulidur Rasul peringkat Wilayah Persekutuan Ilmuwan Negeri Selangor 1433H/2012M, Anugerah Tokoh, Anugerah Tokoh Dakwah Media TV Al-hijrah 2014 dan Ikon Integriti dan Anti Rasuah 2019 oleh Suruhanjaya Pencegahan Anti-Rasuah Malaysia (SPRM). - KitaReporters
Kredit foto: https://www.facebook.com/drzulkiflialbakri/