Kisah Insan 24 Aug, 2021

Sukarelawan Muay Thai Kedah turun bantu penduduk Yan! Bersihkan lumpur, agihkan bekalan makanan!

@nur sabrina samsudin
Bergiat cergas dalam bidang kewartawanan sejak dibangku sekolah lagi.

Share this


Kesan daripada banjir kilat dan lumpur akibat fenomena kepala air di Yan, Kedah pada 18 Ogos 2021.


SERAMAI 46 sukarelawan Persatuan Muay Negeri Kedah (PMNK) digerakkan bagi membantu bersihkan rumah kediaman penduduk di daerah Yan yang terjejas akibat banjir kilat kesan daripada fenomena kepala air di Gunung Jerai pada 18 Ogos 2021 lalu, yang mengakibatkan lebih 20 rumah penduduk di lima kampung sekitar Gurun dan Merbok dilanda banjir kilat.

Dalam kejadian jam 5.30 petang itu lima kampung yang terjejas ialah Kampung Baru, Kampung Sungai Badak dan Kampung Sungai Kunyit Atas di Gurun, manakala Kampung Tandop Batu dan Kampung Sungai Batu di Merbok.


Lagi cerita-cerita sedih berkaitan kepala air

Generasi muda turun membantu penduduk dengan mematuhi SOP ketika menjalankan operasi pembersihan.


Sukarelawan Muay Thai dari PMNK digerakkan bagi membantu bersihkan rumah kediaman penduduk di daerah Yan, Kedah.


Pengerusi PMNK, Zahari Ahmad Razali yang mengetuai sukarelawan ahli Muay Thai itu berkata,  kesemua sukarelawan tersebut telah membantu penduduk di daerah itu dengan membersihkan lumpur serta mengagihan bekalan makanan dengan petugas-petugas keselamatan dan kecemasan lain antaranya Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

“Mereka membantu membersihkan kawasan perumahan dan lokasi awam lain yang rata-ratanya dipenuhi dengan lumpur tebal sehingga setengah meter,” ujarnya lagi.


Operasi pembersihan dijalankan.


Rumah penduduk ditengelami lumpur sedang dibersihkan.


Zahari menambah dalam operasi bantuan itu kesemua petugas juga sentiasa diingatkan supaya mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dan menjaga keselamatan mereka terutama ketika situasi pandemik Covid-19.

Penasihat PMNK Dato' Seri Tunku Shazuddin Ariff Ibni Al-Aminul Karim Sultan Salehuddin, yang juga Tunku Laksamana Kedah telah menghulurkan sumbangan untuk membeli barang keperluan yang diagihkan kepada penduduk di Yan bersama beberapa penyumbang lain seperti SMGB Group, Hussain Nasi Kandar, Alpha Master Sdn Bhd, Hayat Global Sdn Bhd dan orang perseorangan.


Lumpur yang  memasuki rumah penduduk sedang dibersihkan oleh sukarelawan Muay Thai.


Sukarelawan yang menyertai operasi ini terdiri daripada ahli-ahli Kedah Muaythai Academy, Kelab Muaythai Laksamana, Kelab Raja Sabong, Kelab Helang Muda Sungai Petani dan Kelab Helang Muda Yan yang diketuai oleh jurulatih PMNK Rezal Md Saad dan Setiausahanya Muhammad Shamsul Shafie. - KitaReporters 


Banjir lumpur yang memusnahkan rumah penduduk di daerah Yan, Kedah.


Seramai 46 sukarelawan Muay Thai Kedah dan penduduk tempatan berganding bahu membersihkan rumah penduduk kampung yang terlibat dengan banjir lumpur.

3
0
0
0
0
You will be interested

Seramnya! Majlis perkahwinan di rumah mayat! Tempat jatuh cinta! Kedua-duanya petugas rumah mayat!

Pasang pengantin baharu, Maung Zin Phyo Aung dan Ma Htet Htet Htwe di Yangon pilih rumah mayat sebagai lokasi mereka disatukan. Kedua-duanya petugas rumah mayat

Zuhayati Yazid in Kisah Insan 3 days ago

Video| Doakan semoga segera sembuh! Emak patah bahu kanan, tangan kiri, dua tulang rusuk! - Anak

Emak cedera parah dengan patah bahu kanan, tangan kiri, dua tulang rusuk. Sudah sedarkan diri tetapi masih dalam pemantuan di Hospital Pulau Pinang - Yaya Gani
Kartini Mohd Noor in Kisah Insan 1 day ago

Syamsul Yusof yang multi-talented! Karya terus dapat sambutan hebat! Tak perlu gimik, raih simpati!

Semenjak Syamsul Yusof terlibat dalam pengarahan filem sama ada sebagai pelakon, penulis skrip, penerbit boleh dikatakan setiap filem itu pasti pecah panggung
Mohd Amirul Fazli Zulkafli in Kisah Insan 1 day ago

Video| Ikut pintu belakang? Ada konspirasi? Daniel Ting berpindah ke JDT! Semuanya dah terjawab!

Teka-teki bermain dalam kalangan peminat bola sepak selama ini akhirnya terjawab apabila Daniel Sang Ting secara rasmi telah diperkenalkan sebagai pemain JDT
Mohd Amirul Fazli Zulkafli in Kisah Insan 2 days ago

Semuanya kerana wang! Wanita mengaku terlantar lumpuh! Terima lebih RM3.25j sejak 13 tahun menipu!

Frances Noble di Hertfordshire, London sanggup mengaku dirinya lumpuh dan terlantar untuk dapat peruntukan kewangan yang disediakan bagi individu yang tak sihat
Zuhayati Yazid in Kisah Insan 2 days ago