Oleh kerana punya sifat panas baran, seorang pengantin lelaki memukul seorang jurufoto kerana mengambil gambar terlalu banyak dan terlalu rapat dengan pengantin perempuan sambil memegang bahagian muka isterinya, lapor media India Today.
Melihat keadaan itu membuat pengantin lelaki hilang sabar lalu menyerbu si jurufoto dan memukul bahagian belakangnya.
Si jurufoto terkejut, sementara pengantin perempuan ketawa berdekah-dekah melihat perlakuan suaminya terhadap si jurugambar. Mujur jurugambar itu tidak ditampar pada bahagian muka.
Lagi kisah-kisah menarik berkaitan perkahwinan:
https://kitareporters.com/search?search=perkahwinan
Situasi di New Delhi ini beraya dirakam oleh pemilik Twitter @renuka mohan dan dimuat naik pada Ahad, 5 Februari 2021 dan tular dalam pelbagai laman sosial di India.
Renuka turut memuat naik video kedua yang memperlihatkan hadirin ke majlis pernikahan itu terkejut dan ketawa dengan kejadian itu.Tidak pula dinyatakan nama pasangan pengantin itu.
Namun peristiwa lucu ini boleh dijadikan pedoman agar pihak pengantin perlu mengawal diri dalam majlis nikah.
Begitu juga dengan jurufoto agar berhati-hati menjalankan tugas agar tidak menimbulkan kemarahan mana-mana pihak terbabit seperti yang berlaku di India ini. - KitaReporters