Insan & Komuniti 11 May, 2020

PKPB: Penantian seorang pelajar OKU! Pulang selepas 45 hari!

@nur sabrina samsudin
Bergiat cergas dalam bidang kewartawanan sejak dibangku sekolah lagi. email:anakperlis65@gmail.com

Share this

PELAJAR Orang Kelainan Upaya (OKU) Universiti Utara Malaysia (UUM) Muhammad Nasrun Fadhli Nor Salim, 23, memantau setiap hari berita mengenai wabak COVID-19 sehingga dibenarkan pulang oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) baru-baru ini. Akhirnya kesabarannya terbukti berbaloi! : KitaReporters

Muhammad Nasrun Fadhli Nor Salim.


Anak bongsu dari empat beradik yang berasal dari Bedong, Kedah ini berkongsi kegembiraan berita mengenai kebenaran pihak KPT, Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan pengurusan universiti yang mengatur dan membenarkan mereka pulang ke rumah masing-masing mengikut SOP yang telah ditetapkan.

Pelajar tahun tiga semester enam Program Pengurusan Kerja Sosial yang mengalami masalah penglihatan sejak tingkatan tiga lagi berkata, ibu bapa telah bersedia untuk datang mengambilnya pada 19 Mac 2020 tetapi atas arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri pada 18 Mac 2020 menyebabkan keluarganya terpaksa mematuhi arahan yang dikeluarkan itu.

Nasrun (kiri sekali) bersama keluarganya.


"Pada mulanya ibu bapa merasa cemas dengan situasi COVID-19 yang melanda dunia dan negara ini tetapi setelah saya memberi keyakinan bahawa pematuhan arahan kerajaan adalah untuk kebaikan pelajar universiti ini sendiri maka alhamdulilah mereka memahaminya," kata Nasrun lagi.

Nasrun menambah walaupun pada mulanya takut dengan wabak yang melanda negara buat pertama kalinya tetapi pelajar UUM kagum dengan pihak pengurusan universiti dalam menagani isu ini terutama dalam menjaga keselamatan dan kebajikan pelajar-pelajarnya.

"Setiap hari kami diberi maklumat, penerangan, penyediaan makan, minum dan keperluan diri oleh Pengetua dan Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP) terutamanya," ujarnya lagi.

Nasrun menambah walaupun pada mulanya takut dengan wabak yang melanda negara buat pertama kalinya tetapi pelajar UUM kagum dengan pihak pengurusan universiti dalam menangani isu ini terutama dalam menjaga keselamatan dan kebajikan pelajar-pelajarnya.

"Setiap hari kami diberi maklumat, penerangan, penyediaan makan, minum dan keperluan diri oleh Pengetua dan Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP) terutamanya," ujarnya lagi.

Proses penghantaran pelajar balik kampung di UUM. 


Selepas lebih 45 hari Nasrun di kampus, maka berita gembira disampaikan kepada semua pelajar mengenai keputusan KPT, KKM dan MKN membenarkan mereka pulang ke rumah masing-masing.

Keputusan itu lebih mengembirakan dengan pengumuman semua pelajar akan dihantar pulang dengan pengangkutan yang disediakan oleh KPT melalui universiti masing-masing.

TNC HEPA UUM Prof Madya Dr Hendrik Lamsali (kanan sekali) bersama Naib Canselor UUM meninjau penghantaran pelajar balik kampung.


"Saya amat berterima kasih kepada kerajaan, KPT, MKN, KKM,PDRM dan semua pihak terutama Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Prof Madya Dr Hendrik Lamsali, Dekan HEP, Pengetua Inasis SME Bank dan semua staf HEP yang mengatur dan membantu kami untuk pulang ke pangkuan keluarga masing-masing terutama pada bulan puasa ini," katanya ketika ditemui semasa penghantaran ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kuala Muda, Kedah. - KitaReporters

Pemeriksaan suhu badan sebelum Nasrun menaiki bas.


Nasrun (kiri) dijemput ayahnya Nor Salim (kanan) di IPD Kota Kuala Muda Kedah.

14
0
0
0
0
You will be interested