Kredit foto-foto: Che Saad Noordin
HIDUP mereka dua beradik sentiasa dalam trauma sejak dua tahun lalu (2019) hingga kini bila berlaku hujan lebat terutama waktu malam. Walaupun sudah banyak kali masalah ini mereka suarakan pada pihak berkaitaan, namun tiada sebarang tindakan.
Rumah pusaka yang didiami dua beradik, Muhammad Azine Hamzah, 57 dan adiknya, Mohd Idzahir Hamzah, 51, sejak lebih 50 tahun lalu di Jalan Rambong, Kampong Batu 7, Baling menunggu masa akan runtuh ke dalam sungai yang hanya jarak satu meter dari tebing sungai setinggi hampir sepuluh meter.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan tolong kami
Menurut Mohamad Azine, aduan pada pihak pemimpin kampung dan pihak pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Bayu telah disuarakan namun tiada sebarang tindakan.
Rumah pusaka itu peninggalan arwah kedua-dua ibu bapa mereka yang didirikan di kawasan itu sejak lebih 50 tahun lalu.
Menurut Mohamad Azine, dulu kedudukan rumah mereka jauh dari tebing sungai, tetapi akibat berlaku banjir hampir setiap tahun tebing sungai runtuh dan kini berada satu meter sahaja lagi dengan dinding rumah mareka.
"Saya dengan adik akan bangun dari tidur terutama waktu malam bila hujan lebat, meninjau keadaan tebing sungai bimbang berlaku runtuhan tebing hingga boleh meruntuhkan kediamaan kami ke dalam sungai," katanya.
Berikutan kebimbangan itu Azine merayu semua pihak yang berkaitan di kawasan Parlimen Baling dan DUN Bayu dapat membantu mereka berpindah dari kawasan itu ke tempat lain yang lebih selamat.
Menurut Azine, selepas aduan yang pernah dibuat pada pihak DUN Bayu, seorang wakilnya datang membuat tinjauan namun hingga kini tiada sebarang tindakan susulan yang dilakukan.
Tegas Azine, dia dan adiknya sedia untuk berpindah ke mana-mana kawasan perumahaan Kerajaan terutama kawasan perumahaan Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) jika diarahkan. - KitaReporters
Kredit foto-foto: Che Saad Noordin