Insan & Komuniti 08 Mar, 2021

Wanita pemungut sampah berhati mulia! Selamatkan kereta Porsche diceroboh, dimasuki air hujan

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this


SEORANG pemilik kedai bernama Xia terlupa menutup cermin keretanya pada malam hari. 

Kebetulan pada sebelah malamnya, Isnin, 2 Mac 2021 itu hujan lebat dan dia tidak sanggup berkejar ke kereta mewahnya jenis Porsche untuk menutup cermin.

Xia menyangka bahagian kereta mewahnya yang diletak di depan kedai serbanekanya itu akan basah lencun ekoran hujan lebat.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan kereta mewah:

https://kitareporters.com/search?search=kereta+mewah


Seketul bata turut diletak di atas kereta bagi mengelak plastik sampah diterbangkan oleh hujan lebat. - Kredit foto: eva.vn


Lalu pada sebelah paginya keesokan harinya, Xia bergegas menuju kereta Porcshenya.

Dia terkejut apabila melihat bahagian cermin keretanya yang terbuka ditutupkan plastik sampah berwarna hitam dengan satu bata diletakkan di atas bumbung kereta sebagai penahan plastik.

Tindakan orang berhati mulia itu menyelamatkan kereta Porsche berkenaan daripada dimasuki air hujan.

Jika ada orang berniat jahat, dia juga boleh mencuri  beberapa barangan berharga di dalam keretanya itu. Namun perkara itu tidak berlaku.


Xia bertanya wanita ini adakah dia yang meletak plastik sampah di atas kereta Porschenya. - Kredit foto: eva.vn

Xia ingin mengetahui siapakah insan berhati mulia itu kerana percaya insan itu akan datang lagi ke tempatnya. Ini kerana bekas plastik sebegitu biasanya diguna oleh pemungut sampah.

Setelah beberapa jam menunggu, akhirnya muncul seorang wanita untuk memungut sampah yang menggunakan plastik hitam. Perempuan petugas kebersihan itu datang ke kedai milik Xia untuk mengumpulkan sampah.

Melihat plastik yang digunakan wanita itu sama dengan yang melindungi cermin keretanya, Xia pun segera bertanya. Dan ternyata benar, wanita itulah yang membantu menutup cermin keretanya dengan menggunakan sekeping plastik sampah.


Kereta Porshe selamat daripada dimasuki air dan dicuri barangan berharga kerana tindakan bijak dilaku wanita pemungut sampah. Kredit foto: eva.vn


Pada malam hari sebelum mengumpul sampah, wanita itu melihat kereta Xia tidak ditutup cerminnya.

Takut terjadi sesuatu dengan kereta itu, si petugas kebersihan itu dengan rela hati menutup cermin itu dengan plastik sampah dan meletakkan sebiji bata di atas bumbung kereta agar plastik berkenaan tidak diterbang angin.

Tabik  dengan kebaikan hati dan kejujuran wanita petugas kebersihan itu, Xia memberikan hadiah berupa berupa beberapa kilo daging kepada wanita itu.

Ternyata masih terdapat sejumlah masyarakat golongan bawahan yang berhati mulia dan jujur. - KitaReporters


Xia memberi hadiah berupa daging sebagai tanda terima kasih. - Kredit foto: eva.vn.

3
0
0
0
0
You will be interested