Insan & Komuniti 27 Feb, 2021

PKPD di 4 kampung di DUN Hulu Besut tamat! Penduduk lega! Terima kasih kepada semua yang bantu

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.-komunitimadanijertih@gmail.com

Share this

Keadaan Kampung Darau, Hulu Besut, masih lenggang pada hari pertama PKPD ditamatkan  


TIADA lagi kedengaran suara sesorang memberi salam sambil mengetuk pintu rumah oleh sukarelawan yang menghantar bantuan makanan dari rumah ke rumah kepada penduduk yang terkesan dalam Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Situasi itu berlaku hampir setiap hari selama dua minggu dan menjadi kenangan serta sejarah kepada penduduk empat kampung di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Besut.

Kini lebih 2,000 penduduk Kampung Darau, Lepang Kejur, Awek dan Padang Baloh dapat membebaskan diri selepas kerajaan mengumumkan pelaksanaan PKPD di kawasan tersebut ditamatkan pada Sabtu, 27 Februari 2021.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan PKPD:

https://kitareporters.com/search?search=pkpd



Sebelum ini penduduk terbabit dikenakan pelaksanaan PKPD bermula 14 Februari 2021 berikutan penularan pandemik COVID-19 yang tinggi membabitkan empat kampung tradisional tersebut.

Berikutan itu, pihak berkuasa mengenakan kawalan ketat dengan mengadakan tiga sekatan jalan raya (SJR) membabitkan satu laluan utama dari Bandar Jertih ke Keruak dan 13 lorong tikus bagi mengekang pergerakan keluar masuk penduduk.



Rahim Harun


Penduduk, Rahim Harun, 60, dari Kampung Darau, dekat Jertih, berkata, penduduk bersyukur dan berterima kasih kepada pihak berkuasa kerana sudah menamatkan pelaksanaan PKPD berkuat kuasa pada Sabtu 27 Februari 2021.

Katanya, sepanjang tempoh 14 hari berada dalam PKPD penduduk tetap dijaga oleh pihak berwajib dengan membekalkan pelbagai jenis makanan untuk kemudahan penduduk yang terjejas,

Beliau berkata, walaupun sedih dengan keadaan itu disebabkan penduduk tidak boleh bergerak keluar dari kampung masing-masing ia sebenarnya usaha terbaik dilakukan kerajaan untuk mengelak penularan COVID-19 lebih serius.


Sekatan Jalan Raya (SJR) di Kampung Cegar Batang Jalan Jertih-Keruak sudah dibuka kepada semua kenderaan


“Alhamdulillah dalam tempoh berada dalam PKPD semua penduduk mematuhi arahan dan mungkin disebabkan perkara itu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesorkan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) menamatkan PKPD,” katanya.

Rahim yang juga bekas Pengerusi Jawatankuasa dan Keselamatan Kampung (JKKK) mewakili penduduk terbabit mengucapkan penghargaan terima kasih kepada petugas barisan hadapan termasuk anggota polis, tentera, RELA, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kerajaan Negeri Terengganu, Pejabat Ahli Parlimen Besut dan Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Besut kerana memberi pelbagai bantuan dan menjaga keselamatan penduduk.

Sementara itu, ahli Jawatankuasa Pembangunan Komuniti Kampung (JPKK) turut bergotong royong membersih kawasan SJR yang menempatkan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebaik sahaja tugas mereka ditamatkan. - KitaReporters


Ahli Jawatankuasa Pembangunan Komuniti Kampung (JPKK) bergotong royong membersihkan tapak lokasi SJR.

0
0
0
0
1
You will be interested