Kredit foto: BaitulMuslim.com
SEORANG gadis yang bakal melangsungkan perkahwinan memohon bantuan orang ramai untuk membantu mengesan bapa kandungnya yang tidak pernah mengenalinya.
Nur Hidayah Hasim, 26, dari Kampung Bukit Cina, Pasir Akar, Hulu Besut, berkata, pelbagai usaha telah dilakukan untuk mengesan kedudukan bapa kandungnya itu tetpi sehingga sekarang masih gagal.
Nur Hidayah berkata, bapanya, Hasim Abdullah, 57, diketahui alamat terakhirnya di Kampung Sungai Tong, Setiu, Terengganu.
“Saya tidak pernah mengenali ayah kandung sejak saya dilahirkan di Hospital Besut pada 24 Februari 1995,” katanya.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan cari bapa
Nur Hidayah Hasim
Katanya, kehadiran atau kemunculan ayah kandung sangat diperlukan kerana urusan perkahwinan dan majlis akad nikah akan diadakan di Pejabat Agama Daerah Besut pada 22 Julai 2021.
Menceritakan lebih lanjut Nur Hidayah berkata, ibu kandungnya Nurdiana Yunus, telah mnyerahkan beliau kepada pasangan keluarga angkat bernama Mohd Nasir Derman dan Fatimah ketika dilahirkan di hospital berkenaan.
“Sejak itu saya tinggal dengan mereka sehingga
sekarang. Mengikut cerita keluarga angkat, bapa dan ibu kandung berpisah sewaktu sewaktu saya baru dilahirkan,” katanya.
Katanya, ayah kandung bernama Hasim Abdullah seorang
warganegara Thailand. Sewaktu mereka berkahwin ayah bekerja sebagai buruh di ladang sawit Kampung Tayor, Sungai Tong, Terengganu.
Manakala ibu berasal dari Sungai Tong, Setiu. Semenjak dilahirkan, ibunya hanya pernah menjengok
sewaktu dia masih kecil.
Katanya, menurut keluarga angkat, ayah kandung tidak pernah datang sampai sekarang. Keluarga angkat cuba menjejaki dan mencarinya di beberapa
tempat sekitar Terengganu dan Kelantan tetapi tidak berhasil.
“Saya juga terputus hubungan dengan ibu kandung
selepas beliau dipercayai sudah berkahwin dan berhijrah ke Johor,” katanya.
Nur Hidayah berharap keluarga terdekat bapa, ibu dan sesiapa yang mengenali, sekiranya mengetahui di mana ayahnya, bolehlah menghubungi beliau menerusi talian 019-3864199. - KitaReporters
Pejabat Agama Daerah Besut