Insan & Komuniti 08 Jun, 2020

Tahniah! Jep Sepahtu, Sariyanti dapat anak ke-2, anak lelaki

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this
PASANGAN pelawak Jep Sepahtu dan Sariyanti mendapat anak kedua apabila Sariyanti selamat melahirkan bayi lelaki pada Sabtu, 6 Jun 2020. Ia dihebahkan oleh Jeb melalui IG-nya @jepsepahtu yang turut memuatkan sebahagian tubuh bayinya itu. Dalam postingannya Jep mengucapkan rasa syukur dan berterima kasih kepada isterinya, Sariyanti kerana melahirkan bayi lelaki. : KitaReporters


Sariyanti turut memuatkan sebahagian tubuh bayinya dalam IG-nya @sariyanti dan bersyukur dapat melahirkan dengan selamat.


Ini bererti pasangan selebriti ini kini mempunyai sepasang anak. 

Anak sulung, Dariyana Inara kini berusia 2 tahun.

Jep (Mohd Nazri Zainal Abidin) dan Sariyanti (Sari Yanti Mohamad Nazari) yang kini sama-sama berusia 35 tahun, mendirikan rumah tangga pada 25 Februari 2017.

Kedua-duanya bercinta kemudian berkahwin dan dikurniakan cahaya mata perempuan Dariyana Inara kini sudahpun berusia 2 tahun.

Jep dan Sariyanti mula bercinta apabila Sariyanti sering diambil sebagai artis jemputan dalam persembahan lawak Sepahtu.

Foto keluarga. Jep Sepahtu, Sariyanti dan anak sulong mereka. Kredit foto: IG Jepsepahtu


Kumpulan Sepahtu turut disertai Shuib, Rahim Mat Ali dan Ilya Buang.

Jep selain berlakon dan berlawak turut menjadi penyiar salah sebuah stesen radio swasta.

Kelahiran anak terbaharu ini turut mendapat ucapan tahniah beberapa artis. Antara artis yang memberi ucapan dalam IG Jef ialah Tomok dan Khir Rahman. - KitaReporters

2
0
0
0
1
You will be interested