Insan & Komuniti 23 Dec, 2020

Kebanggaan seorang datuk! Dua cucu cipta nama di Singapura!

@nur sabrina samsudin
Bergiat cergas dalam bidang kewartawanan sejak dibangku sekolah lagi. email:[email protected]

Share this

PESARA Mahkamah Tinggi Kangar Ahmad Abdullah, 69, gembira kerana menerima plak penghargaan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sena, Asrul Nizan Abd Jalil pada 22 Disember 2020 di atas kejayaan dua cucunya yang mencipta nama di Singapura baru-baru ini. : KitaReporters


Asrul Nizan Abd Jalil (kanan) menyampaikan plak penghargaan bagi pihak dua cucu Ahmad Abdullah.


Anak, menantu serta cucu-cucu Ahmad Abdullah... Dari kiri, Arfan, Raihana Saadon, Putri Nabilla dan Noor Ariff Ahmad.


Lagi kisah-kisah berkaitan Perlis:

https://kitareporters.com/search?search=perlis


Putri Nabilla Noor Ariff, 16, terpilih di kedudukan 10 pelajar terbaik dalam peperiksaan A-Level di Singapura, sekali gus ditawarkan tempat dan biasiswa daripada kerajaan Singapura untuk melanjutkan pengajian di Temasik Polytechnic.

Manakala cucu keduanya, Arfan Noor Ariff pula sekarang berlatih dengan pasukan antarabangsa Chelsea FC International Development Singapore U14 sejak umur lapan tahun di bawah jurulatih pembangunan daripada Chelsea FC.  Cucunya itu bermain di posisi penyerang bersama pasukan Chelsea FC Academy.


Arfan Noor Ariff (belakang, tiga dari kanan) yang menyertai pasukan pelapis pemain bola sepak Singapura.


Putri Nabilla Noor Ariff (dua dari kanan)  bersama kedua-dua ibu bapanya menerima anugerah Edusave Awards (Academik) daripada Datuk Bandar Tampines, Desmond Choo (dua dari kiri).


"Kejayaan itu membuktikan di mana sahaja anak negeri ini berada mereka tetap cemerlang dan menjadi kebanggaan negara," katanya ketika diminta mengulas mengenai kejayaan cucunya itu selepas menerima plak penghargaan daripada ADUN Sena.

Ahmad Abdullah berkata kedua-dua cucunya itu adalah anak kepada Noor Ariff Ahmad, 44, yang kini menetap di Singapura kerana bekerja di sana.

Walaupun dia tidak dapat bersama anak sulungnya itu meraikan kejayaan dua cucunya itu namun tetap berhubung melalui telefon dan WhatsApp.  

Noor Ariff sejak wabak Koronavirus (COVID-19) melanda tidak pulang ke Perlis, manakala ayahnya juga tidak dapat ke Singapura. 


 

Anak kelahiran Perlis, Noor Ariff Ahmad bersama anak dan isterinya.


Sementara itu, Asrul Nizan yang dihubungi berkata, penghargaan itu diberikan sebagai tanda kebanggaan daripada penduduk Sena secara khusus dan Perlis secara amnya.

“Kami akan terus mendapatkan data mengenai penduduk negeri ini yang mencipta nama baik pada peringkat kebangsaan atau antarabangsa,’ ujarnya beliau lagi.

Dalam pada itu, pejabat ADUN Sena juga mengalu-alukan maklumat daripada orang ramai untuk menghubungi talian 01159039860 atau 01171103499 untuk memaklumkan kepada mereka sekiranya terdapat mana-mana anak atau ahli keluarga kawasan ini berjaya mencipta nama dalam apa-apa kategori. - KitaReporters


Moga Arfan (duduk, kiri)  terus mencipta nama.


Arfan (depan, tengah) bersama rakan-rakan sepasukannya.

9
0
1
1
0
You will be interested