Insan & Komuniti 09 Sep, 2024

Video| Baru berusia 36 tahun tapi sudah punyai 11 anak! Nak tambah lagi! Liya bahagia ada ramai anak!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this



Liya berasal dari Subang, Jawa Barat kini menetap di Jordan setelah berkahwin dengan seorang warganegara negara itu, Nilu'ai.

Namun Liya atau nama penuhnya Yuyun Yuliawati kini mendapat perhatian dalam laman sosial apabila sudah memiliki 11 anak walaupun baharu berusia 36 tahun.

Liya menyatakan sedia mengandung beberapa anak lagi sebelum berusia 45 tahun.
Liya yang sudah lama tidak pulang ke Indonesia berhasrat untuk pulang sebentar ke negara asalnya, namun tetap berhasrat untuk membesarkan anak-anaknya di Jordan, tanah air suaminya.

Liya bersama suami dan anak-anak di Jordan


Liya mempunyai cara tersendiri untuk mengasuh anak-anaknya yang berusia antara 16 tahun sehingga 9 bulan.

Liya sekeluarga sering melancong bersama di Jordan. Ia mengambil masa kira-kira 2 jam untuk persiapan anak-anaknya termasuk pakaian dan keperluan lain.

Percintaan beberapa tahun dua negara berbeza adat dan budaya bukan mudah. Namun akhirnya mereka berjaya disatukan pada 2007. 

Kini Liya mempunyai 11 anak berusia 16, 15, 14, 12, 10, 9, 7, 6, 4, 2 tahun dan si kecil 9 bulan. Liya berharap akan mempunyai beberapa anak lagi sebelum berusia 45 tahun.

Liya turut mengalakkan masyarakat berkahwin muda dan punya ramai anak. Baginya walaupun penuh cabaran untuk membesarkan mereka tetapi akan merasai nikmatnya apabila mereka meningkat usia. - KitaReporters


11
13
0
6
0
You will be interested