Insan & Komuniti 01 Dec, 2023

Wanita mualaf di Baling teruja! Hadiri kursus pengurusan jenazah! Dapat tambah ilmu fardu kifayah!

@normala hamzah
NORMALA HAMZAH penerima Anugerah Wanita Inspirasiku 2015. Bekas Pengarang Kanan meja Keluarga Utusan Malaysia dan majalah Wanita. Penulis buku Permaisuri, Ibu Halimah dan Odyssey Dari Lembah ke Puncak. Kini aktif dalam Projek Wakaf Telekung Siti Aishah. Emel >> [email protected]

Share this

Sebahagian peserta Kursus Pengurusan Jenazah (Wanita) Mualaf 2023 di Dewan Masjid Al- Muttaqin, Teluk Teduri, Baling, Kedah.


Dunia dicari akhirat tak lupa. Selagi hayat ada, berbuat amal sebanyak mungkin. Kutip ilmu selagi Allah izinkan.

Demi mendekatkan diri dengan agama serta mendalaminya dengan seikhlas hati, sekumpulan mualaf wanita telah menghadiri Kursus Pengurusan Jenazah (Wanita) Mualaf 2023 yang berlangsung di Dewan Masjid Al-Muttaqin, Teluk Tediri, Baling, Kedah pada 26 Oktober 2023 lalu.

Seramai lebih 30 orang peserta mualaf wanita menghadiri kursus sehari ini yang bertujuan mendedahkan peserta dengan urusan fardu kifayah.

Kursus anjuran Pertubuhan Kebaikan Mualaf Daerah Baling ini dijalankan dengan kerjasama Pejabat Zakat Daerah Baling, Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK). 


Pengalaman dan ilmu yang sangat berguna untuk para peserta.


Rosnida Abdullah


‘“Kursus ini memberi ruang kepada peserta belajar Fardu Kifayah dan cara mengurus jenazah dengan lebih terperinci secara praktikal,” kata Pengerusi Pertubuhan Kebaikan Mualaf Daerah Baling, Rosnida Abdullah.

Menurut Rosnida, peserta juga berpeluang mengurus “jenazah”  yang mana adalah satu pendedahan yang  sangat berguna kepada mereka.

“Rata-rata peserta teruja dengan kursus ini dan mereka menunjukkan kesungguhan untuk belajar serta memahaminya secara  terperinci,” ujarnya.

Ceramah dan kursus dibimbing oleh Ustazah Selamah Hussin. Program kursus ini  ternyata memberi ilmu yang sangat berguna kepada peserta yang sangat memerlukan pengetahuan tentang cara-cara menguruskan jenazah.


Suasana di dalam bilik mandi jenazah


Betul-betul bagi pengajaran.


Menurut Rosnida lagi, peserta juga dapat melihat sendiri bagaimana jenazah diuruskan mengikut cara yang betul dan beradab.

‘ Semoga kursus ini memberi manfaat kepada peserta untuk mempraktikkan jika ada kematian dalam kalangan keluarga atau di tempat tinggal mereka,” jelas Rosnida.

Menurut Rosnida, berdasarkan sambutan  terhadap kursus ini, pihak AJK akan mengadakan  lebih banyak kursus keagamaan pada masa hadapan untuk ahli-ahli.

Kursus pengurusan Jenazah ini dirasmikan oleh Ustaz Ahmad Mustaqim Zainal Abidin, Pegawai Zakat Daerah Baling. - KitaReporters


Peserta bergambar ramai selepas selesai kursus.

5
7
0
13
0
You will be interested