Insan & Komuniti 05 Feb, 2026

Sembang-Sembang| Mana jadi pilihan! Kaca atau permata? Tapi kaca juga yang dipilih ramai! Kenapa?

@normala hamzah
NORMALA HAMZAH penerima Anugerah Wanita Inspirasiku 2015. Bekas Pengarang Kanan meja Keluarga Utusan Malaysia dan majalah Wanita. Penulis buku Permaisuri, Ibu Halimah dan Odyssey Dari Lembah ke Puncak. Kini aktif dalam Projek Wakaf Telekung Siti Aishah. Emel >> [email protected]

Share this

Ada masa kaca lebih berharga daripada permata. Berhenti lebih baik daripada pikul beban kerja pembuli.

Jika Allah izinkan pasti jadi. Yang terbaik selalu lambat. Banyak bersabar, usaha terus.



Kadang kala kita dah usaha. Tapi masih tiada cahaya. Sedang orang lain tak buat apa. Rezeki mencanap bagai nak gila.

Tapi takpa, reda, itu hak mereka. Rezeki mereka yang diatur oleh Allah SWT.

Jom kita hayati perkongsian kisah kali ini yang dikongsi oleh Liza (bukan nama sebenar). Luahan rasa tentang politik di tempat kerja. 

Nampak remeh tapi impaknya sangat besar pada prestasi pekerja. 

"Tempat kerja saya  pelik sikit. Yang tak buat kerja dapat pujian. Yang buat kerja makin terbeban. 

"Yang tak buat kerja mesra dilayan. Yang  buat kerja buat buat tak perasaan," kata Liza, kerani di sebuah syarikat swasta.

Itulah dunia, kata Liza. Masih ada keadaan macam itu. Tak profesional langsung. Lama dah bersabar. 

"Kita kerja mati-matian kerana Allah. Orang lain main-main... Tapi rezeki mereka melimpah. "Naik gaji dapat anugerah. Kita melihat mata pun merah.

"Tapi kita berbaik sangka. Istigfar, itu rezeki mereka," sambung Liza lagi



Namun sampai bila nak bertahan. Masa depan kerjaya juga perlu difikirkan. Menurut Liza, makin hari dia makin terbeban dengan kerja yang bukan dalan skop jawatannya.

"Semua kerja longgok pada saya. Sampai tak menamg tangan. Saya rasa dibuli oleh mereka," ujar Liza.

Akhirnya Liza nekad berhenti, cuba rezeki di tempat lain. 

Alhamdulillah. Di tempat baru dia lebih dihargai, dihormati kerana kerja, kata Liza. Bukan sebab rupa atau gaya tapi usaha dan kemampuannya.

"Benar sekali kata-kata bahawa cabaran itu pengalaman. Walau pahit, banyak pengajaran. 

"Kadang kadang kita berada di tempat yang salah pada waktu yang salah," kata Liza penuh yakin.

Allah Maha Adil. Dia buka jalan. Kita yang kena fikir, apa yang baik untuk masa hadapan kita dalam mencari kejayaan dan bahagia dunia dan akhirat. 

"Rezeki saya melimpah di tempat baharu. Tiga bulan saya disahkan jawatan. Setahun lepas itu naik pangkat. Alhamdulillah. Syukur pada Allah," sebak Liza menamatkan ceritanya.

Yakinlah setiap kesusahan akan berakhir dengan kesenangan. Allah tahu apa yang terbaik untuk hamba-Nya yang sabar.



Iktibar daripada kisah ini.

Selalu positif. Jangan panik. Jangan bersedih. Fikir dan bertindak. Rezeki Allah meluas. Ada di mana-mana. Kita yang perlu usaha lebih. 

Pedulikan politik dalam pejabat. Buat kerja kita dengan ikhlas. Pilih kasih di manapun ada. Kita yang mencorak hidup kita, masa depan kita. Buat kerana manusia, jadi binasa. Buat kerana Allah pasti barakah. 

Tahniah  Liza. Tindakan anda terbaik. Bijak dan berani. Syabas, semoga terus dimurahkan rezeki, berjaya hidup dunia akhirat. 

Silapnya manusia kerana terlalu menghargai kaca kerana kilauan sementara sampai terlupa permata yang sentiasa berkilauan dalam kehidupan manusia. - KitaReporters

7
12
0
8
0
You will be interested