Insan & Komuniti 19 Aug, 2025

Konvoi Anak Muda! Tunggang motosikal ke Lata Celak, Kpg Iboi! Ambil iktibar tragedi banjir puing!

@abd razak osman
Bekas stringer Kosmo! dan mempunyai pengalaman lebih 40 tahun dalam media. Pernah bertugas di Berita Harian, Harian Watan dan Bernama. Menulis selagi masih hidup. Emel: [email protected]

Share this

Peserta wanita juga menyertai program menunggang motosikal ke Kampung Lata Celak, Kupang, Baling.
Lata Celak di Kampung Iboi mukim Kupang merupakan salah satu pusat peranginan menarik perhatian pengunjung di daerah Baling, Kedah.
Sehubungan itu, ramai penduduk Kampung Iboi berpeluang mencari rezeki dengan berniaga secara kecil-kecilan di lokasi Lata Celak itu.
Bagaimanapun, kini pusat peranginan itu tidak semeriah seperti dahulu lagi setelah terkesan dengan tragedi banjir puing di Sungai Kupang pada 22 Julai 2022 lalu hingga menyebabkan 12 rumah penduduk di Kampung Iboi 'lesap' dibawa arus deras.
Tragedi banjir puing berpunca daripada berlakunya kejadian kepala air atau keadaan air sungai yang bergulung-gulung pada pukul 4 petang pada 4 Julai 2022 lalu.

Sebahagian dari peserta warga emas yang menyertai program itu. 


Bagi melihat dari dekat kesan tragedi berlaku di kampung itu, seramai 50 orang peserta menyertai Konvoi Anak Muda dengan menunggang pelbagai jenama motosikal ke Lata Celak Kampung Iboi pada 26 Julai lalu. Turut sama beberapa orang warga emas menyertai konvoi itu.
Konvoi itu dianjurkan oleh Persatuan Pemuda Masjid Pokok Asam, Masjid Pokok Asam, Yayasan IKRAM dan Jawatankuasa Pembangunan Dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Kampung Pokok Asam.

Imam Masjid Pokok Asam, Abdullah Yahaya (kanan) membaca doa sebelum pelancaran menunggang motosikal dilakukan.


Pengerusi Persatuan Anak Muda Masjid Kariah Pokok Asam, Syed Muhammad Syed Omar berkata, sesiapa sahaja pasti terharu dan sedih bila kampung yang indah telah berubah wajah kesan daripada banjir puing itu.
Menurutnya, ramai ahli persatuan berpeluang melihat dari dekat pelbagai perubahan berlaku, termasuk jalan kampung yang rosak dan lain-lain lagi.
"Penduduk di kawasan ini sentiasa bimbang lagi dan kejadian boleh berulang sekiranya berlaku hujan lebat yang lama," katanya.

Peserta Konvoi Anak Muda bergambar kenangan di Pekarangan Masjid Pokok Asam, Sungai Petani, Kedah. 


sementara itu, Syed Muhammad berkata , seramai 100 orang anak muda di sekitar Kampung Pokok Asam telah menjadi ahli persatuan setelah ditubuh pada 24 Mei 2025 lalu.
Katanya, berbagai aktiviti akan dilaksanakan dengan adanya persatuan tersebut.
"Banyak pihak boleh memberi pandangan membina bagi memperelokkan lagi persatuan ini, bila ahli tidak membuat kerenah dalam persatuan, penduduk tempatan sudah tentu mendapat banyak manfaat," katanya lagi. - KitaReporters

7
12
0
15
0
You will be interested