Insan & Komuniti 02 Dec, 2022

Video| Syabas, terima kasih cikgu! Kagum usaha guru muzik! Gigih ajar murid bermasalah pendengaran!

@fitri hazim
Memulakan kerjaya sebagai wartawan penyiaran pada tahun 2016. Pengalaman dan peranan besar liputan Pilihan Raya Malaysia dan Bajet. Beralih sebagai wartawan akhbar serta banyak terlibat liputan jenayah dan bencana alam. ([email protected])

Share this


Kisah seorang cikgu gigih mengajar anak-anak muridnya yang mengalami masalah pendengaran dalam mata pelajaran muzik meraih perhatian ramai sehingga menjadi tular dalam media sosial.

Menerusi hantaran video yang dikongsi oleh pengguna media sosial bernama @mir.dla, kelihatan seorang guru muda mencuba yang terbaik bagi mendidik anak murid istimewanya itu seperti pelajar normal yang lain.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan cikgu atau guru


Mengajar muzik untuk murid ketidakupayaan pendengaran ni sebenarnya bidan terjun dengan tanpa pengetahuan. 

Namun itulah cikgu, setiap hari kena belajar benda baru dan ajar pelbagai subjek. Apa sahaja yang penting nak beri ilmu untuk murid khas ini supaya input sama rata dengan murid tipikal,” katanya.

Rata-rata pengguna media sosial berasa kagum dengan usaha serta kegigihan guru muda itu dalam mendidik anak muridnya tanpa melihat kekurangan yang ada.



“Terima kasih Cikgu kerana mendidik mereka dengan sehabis baik,” ujar @riffshm.

“Terus semangat Cikgu, inila satu terapi untuk anak-anak ini, tiada satu pun ilmu yang sia-sia,” tulis @YeppeunJangmi.

“Menangis dapat cikgu seperti ini, terima kasih cikgu untuk sesiapapun cikgu mendidik,” jelas @Leels. -  KitaReporters



@mir.dla Masih dalam bidang yang sama tapi extra effort 👌🏻👌🏻👌🏻 #specialeducation #SpecEd #specialeducationteacher #specedteacher #specialneeds ♬ son original - Julien

14
6
0
15
0
You will be interested