Insan & Komuniti 06 Dec, 2022

Video| Perhatian semua jejaka! Wanna Ali cari calon suami! Mesti bersedia tanggung high maintenance!

@sarfarizmal saad
Penulis merupakan pemimpin pelajar IPTA suatu ketika dulu. Pernah bertugas di 4 kementerian dan beberapa pasukan komunikasi strategik. Mula menulis di akhbar sejak 2009. Bekas Ahli Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan dan bekas Pegawai Khas YBM.

Share this


Pelakon cantik dan berbakat besar Wanna Ali secara berterus terang memberitahu umum bahawa beliau memilih dalam mencari jodoh atau pasangan hidupnya.

Beliau yang berusia 24 tahun itu merupakan anak kepada penerbit filem Datuk Ayu Puteh yang sudah biasa dengan kehidupan selesa.

Justeru, dalam mencari pasangan hidup untuknya, Wanna lebih memberi fokus kepada lelaki yang mempunyai kemampuan dan kesanggupan untuk membawa kesenangan dalam kehidupan mereka suatu masa nanti.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan calon-calon suami


“Sekarang saya mencari lelaki yang boleh bimbing saya dunia dan akhirat. Ibu bapa saya sendiri pun pastinya nakkan calon menantu yang kewangan stabil, kesimpulannya boleh jaga saya lebih baik berbanding mereka.

“Itu standard, bukan nak cakap ‘demand’. Sebab saya sudah biasa hidup selesa. Jadi kalau saya berkahwin dan hidup dalam kesusahan, saya takkan biarkan itu berlaku.

“Lagi pula, itu bukannya saya tak mampu menyara diri pun dan saya ada hak untuk memiliki ‘high maintenance’. Sebab saya sendiri yang memastikan hal itu dijaga dengan rapi,” katanya kepada pihak media.

Itu merupakan kriteria yang perlu ada pada mana-mana lelaki yang mahu mendekatinya, apatah lagi dia juga kini berusaha untuk memajukan dirinya demi masa depan.

Wanna turut memberi pencerahan bahawa beliau sudah biasa berdikari sejak tamat sekolah lagi dan pada masa hadapan, beliau perlu pastikan pasangannya juga wajib memberi keselesaan hidup kepadanya. - KitaReporters


6
13
0
9
0
You will be interested