RUMAHKU syurgaku…ternyata pepatah itu ada kebenaran, tidak kisah besar atau kecil tetapi di situ keselesaan kita tercipta bersama keluarga.
Situasi sama berlaku kepada sepasang suami isteri di Denbighshire, Wales yang selesa tinggal di tengah bulatan jalan sesak walaupun pernah diarah berpindah sebelum ini.
Lagi kisah-kisah menarik berkaitan kediaman dan rumah
Memetik portal Odditycentral.com pada Januari 2023 lalu, keluarga David John dan Eirian Howatson yang mula mendiami banglo berkenaan pada 1960.
Bagaimanapun kebahagian pasangan berkenaan tergugat selepas 20 tahun kemudian apabila pihak berkuasa mengetuk kediaman mereka dan mengarahkan untuk berpindah.
Hal berkenaan disebabkan kerajaan merancang untuk pembinaan bulatan di sekeliling tapak rumah mereka. Namun John Howastson berkeras untuk kekal di tapak kediamannya sehinggalah bulatan tersebut siap sepenuhnya.
Sayangnya ketika bulatan berkenaan siap sepenuhnya pada 1980, pemilik banglo berkenaan David meninggal dunia tetapi kediaman tersebut masih dihuni isterinya Howatson bersama anak tunggal mereka.
Kini selepas 42 tahun berlalu banglo tersebut masih gah berdiri namun dihuni oleh anak tunggal pasangan berkenaan, Clwyd Howastson.
Clwyd berkata, dia sekeluarga sudah terbiasa dengan pelbagai keadaan kerana menghabiskan sebahagian hidupnya walaupun rumahnya berada di dalam bulatan dan tidak memiliki jiran.
Lelaki yang berusia 64 tahun itu mengakui ramai yang bertanya bagaimana mereka sekeluarga boleh bertahan di rumah yang dikelilingnya adalah bulatan selain hanya menempatkan kediaman mereka sahaja.
Namun dia menjelaskan sudah lali dengan kedudukan rumahnya selain bunyi bising kenderaan yang mengelilingi rumahnya tetapi situasi yang dialami tidak mengganggu perjalanan hidupnya.
Malah warga emas itu mengakui kehidupan sempurna dan bahagia kerana mempunyai keluarga yang besar dengan tujuh anak dan 12 cucu yang sentiasa menziarahi rumahnya dalam bulatan tersebut.
Namun amat melucukan kongsinya, kedudukan rumahnya kadangkala mengelirukan pekerja penghantaran barang terutama mereka yang tidak pernah datang kerana perlu mengambil sedikit masa untuk sampai ke rumahnya walaupun laluan ke rumahnya mempunyai jalan yang sempurna. - KitaReporters