Pemikiran seseorang pelbagai. Mencari kebahagiaan bukan hanya dikelilingi dengan kemewahan. Malah ada orang yang merasai kebahagiaan hidup dengan hidup cara sederhana atau susah.
Inilah perkara yang dilakukan seorang lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Pak Din dari Pendang, Kedah.
Dia enggan memberi nama penuh dan berapa usianya kini. Dia mempunyai dua kereta iaitu Proton Wira dan Perodua Myvi yang diguna secara bergantian.
Salah sebuah kereta ditinggalkan di kampung dan dipakai secara berganti. Setiap kali pulang ke kampung dia akan mengisi bahan-bahan kering seperti bahan rencah memasak, bawang, garam dan gula.
Dia akan memasak secara ‘simple’ tetapi menyelerakannya seperti membakar.
Perlakuan Pak Din menjadi gelandangan dan memasak sendiri sudah menjadi perkara biasa bagi penduduk sekitar kawasan itu.
Pak Din tidak menyatakan sehingga bila dia akan hidup sebagai gelandangan sedemikian.
Kisah Pak Din menjadi tular apabila sebuah video dimuat naik dalam TikTok dan YouTube yang memperlihat kereta dan beberapa barang yang dibawa serta keadaan dia memasak. Namun wajah Pak Din tidak dipaparkan dalam video itu.
Video itu mendapat reaksi positif daripada netizen.