Insan & Komuniti 26 Mar, 2024

Video| Solat tarawih terpanjang! 8 jam habiskan 30 juz al-Quran! 6 imam bertugas secara bergantian!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this


Macam-macam ada di Indonesia sepanjang Ramadan 1445H ini. Selain beberapa pihak melaksanakan solat tarawih secara ekspres, ada juga pihak melaksanakan solat tarawih dalam waktu panjang iaitu sekurang-kurangnya 8 jam.

Sebuah masjid di Pondok Pesantren (Ponpes) Al-Fatah, Desa Temboro, Kecamatan Karas. Magetan, Jawa Timur melakukan solat 8 jam atau lebih dengan menghabiskan keseluruhan 30 juz al-Quran.


Tempat yang dikhusus untuk silat tarawih 8 jam dengan menghabis 30 juz al-Quran

Solat tarawih bermula dari jam 7 malam (waktu tempatan) dan berakhir pada jam 3 pagi iaitu ketika hampir sahur.

Kegiatan sedemikian sudah dilaku sejak 12 tahun dahulu. Ponpres itu mempunyai 22 ribu pelajar lelaki dan wanita termasuk dari luar negara yang membolehkan beberapa masjid dibina di kawasan ponpres itu.

Bagi masjid yang melakukan solat tarawih panjang, sebanyak 6 imam bertugas secara bergantian. Setiap imam membaca 5 juz al-Quran. 


Jemaah kusyuk melaksanakan solat tarawih yang mengambil masa lapan jam

Walaupun solatnya panjang, namun sambutan jemaah mengalakkan. 

Kegiatan solat tarawih ini tular sejak 12  tahun lalu dan kembali mendapat perhatian tahun ini (2024) setelah dimuat naik dalam Instagram @folkshitt dan sejumlah media cetak dan elektronik Indonesia.

Dalam video itu memperlihat tempat para jemaah yang sedang melaksanakan solat tarawih.


Bahagian luar masjid di Pondok Pesantren Al-Falah

Terlihat ada penghadang kain hijau dengan tulisan “tempat tarawih 30 juz markaz” iaitu untuk solat tarawih sehingga 30 juz.

Ternyata tempat solat tarawih yang disekat kain hijau itu merupakan tempat khusus untuk yang melaksanakan solat tarawih dengan bacaan surah sehingga 30 juz.

Para jemaah kelihatan kusyuk melakukan solat tarawih dengan bacaan 30 juz itu pun tampak khusyuk.

Menurut salah seorang ahli jawatankuasa Pondok Pesantren Al-Fatah Temboro, Ustaz Barlei Musaddad solat tarawih sedemikian akan diteruskan pada tahun-tahun akan datang memandangkan sambutan memberansangkan daripada masyarakat setempat. - KitaReporters

11
18
0
9
0
You will be interested