Insan & Komuniti 12 May, 2025

Video| Allahuakhbar Doc! Bayar berapa sahaja! Boleh juga bayar dengan beras, buah, sayur atau doa!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this
.


Doktor adalah profesyen profesional yang menjadi impian ramai anak muda yang sedang belajar. Sedangkan semua tahu betapa sukarnya untuk untuk lulus dalam bidang kedoktoran.

Ramai yang tergoda dengan pandangan sesetengah pihak bahawa menjadi doktor swasta mudah untuk memperoleh pendapatan lumayan. Dan dengan banyaknya pusat perubatan swasta menyebabkan semakin ramai doktor meletak jawatan untuk menjadi doktor swasta.

Namun tidak semua doktor bersifat materialistik. Masih ada yang menjadi doktor dengan niat utamanya untuk berbakti kepada orang ramai dan menjadikan tugas itu sebagai amanah untuk masyarakat.


Dr Rafika Augustine tidak mengejar kewangan, sebaliknya menanam saham akhirat melaui khidmatnya. - Kredit foto; Tribun News

Dr Rafika Augustine, 34, adalah contoh doktor yang berhati mulia. Dia tidak mementingkan keuntungan, sebaliknya menjadikan tugas doktor sebagai satu amanah untuk memberi khidmat kepada masyarakat yang memerlukan terutama kepada golongan berpendapatan rendah.

Sejak pertengahan April 2025, Dr Rafika seorang doktor umum (pengamal perubatan am atau GP) membuka sebuah klinik di Ponorogo, Jawa Timur yang menerima pesakit pebagai peringkat umur.

Dia menawarkan pemeriksaan lengkap merangkumi tekanan darah, denyutan nadi, sehingga mengukur paras gula dalam darah, kolestrol, serta gaut.




Apa yang menarik, Dr Rafika tidak mengenakan sebarang bayaran pemeriksaan dan ubat kepada pemandu teksi motosikal (ojek).

Ini kerana dia tahu kesukaran pemandu ojek yang bersaing untuk mendapat penumpang dan pendapatan. 

Ia berdasarkan pengalaman ayah saudaranya yang mencari rezeki sebagai pemandu ojek sehingga makan pun susah, apatah lagi jika ada ahli keluarga yang sakit.

Sebaliknya kotak amal diletakkan di atas kaunter bagi membolehkan pesakit memberi sumbangan seikhlas mungkin selepas mendapatkan rawatan dan diberi ubat. Sumbangan Ikhlas itu adalah untuk membayar khidmat beberapa petugas di kliniknya.

Dia juga sedia menerima sumbangan mengikut kemampuan. Baik hasil kebun seperti buah, sayur atau beras.

Dan bagi golongan miskin tegar yang tiada wang untuk membayar khidmat doktor dan ubat, Dr Rafika hanya meminta doa untuk kesejahterannya.



Graduan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Muhammadiyah Yogyakarta ini menganggap kerjayanya sebagai suatu ibadah.

"Ilmu yang saya miliki ini suatu amanah. Jadi saya berhasrat memanfaatkannya agar tidak terhenti setakat itu, sekali gus menjadi ladang pahala," katanya kepada media yang menemuinya.

Klinik Dr Rafika terletak di Jalan Letjend Sukowati, Desa Ngunut, Kecamatan Babadan, Ponorogo. Dari luar, kliniknya kelihatan seperti klinik biasa. Ada papan nama bertuliskan "Apotek dan Praktek dr R Medika", tempat menunggu, tempat pendaftaran dan farmasi (apotek). 

Namun, suasana berbeza sebaik pesakit masuk ke bilik pemeriksaan. Tak ada tarif, tak ada juruwang. Setelah diperiksa dan diberi ubat, pesakit hanya perlu memasukkan wang ke sebuah kotak amal yang tersedia seikhlasnya. 

Kisah dan video khidmat Dr Rafika ini tular setelah dimuat dalam sejumlah  media sosial, media cetak dan  beberapa stesen TV. - KitaReporters


10
11
0
13
0
You will be interested