Insan & Komuniti 02 May, 2025

Video! Dah kenapa? Beli 13 tiket penerbangan untuk satu orang pesakit! Belanja RM180k untuk berubat!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this
.


Wilayah di bahagian paling timur Indonesia iaitu Papua Barat masih ketinggalan dalam pelbagai kemudahan untuk rakyat termasuk dalam bidang perubatan berbanding di sejumlah wilayah lain di negara itu.

Justeru jika terdapat penduduk tempatan mengalami sakit serius, hospital di wilayah itu tidak mempunyai kelengkapan yang canggih untuk memberi rawatan berkesan.

Bagi mendapat rawatan lebih baik, pesakit perlu menjalani rawatan di hospital yang lebih baik di wilayah lain. Namun untuk mendapatkan rawatan di pulau Jawa khususnya Jakarta memerlukan kos yang lebih tinggi untuk rawatan dan perjalanan.



Jadi bagi penduduk di Papua, untuk mendapatkan rawatan lebih baik ialah di pulau Sulawesi yang jarak  perjalanannya kira-kira 1,500 kilometer.

Namun satu lagi masalah ialah untuk membawa pesakit melalui lautan. Jika melalui feri atau kapal mengambil masa yang agak lama dan tidak sesuai untuk pesakit serius yang mungkin akan mengalami mabuk laut.

Jadi cara yang paling sesuai ialah menggunakan pesawat tetapi kosnya agak tinggi. Hanya golongan yang berkemampuan dapat menggunakannya.

Namun pemuda bernama Bagus Hariyanto tidak boleh berdiri atau duduk di dalam pesawat kerana kemalangan yang dialami. Dia perlu berbaring dengan menggunakan katil bagi diterbangkan ke Sulawesi.

Keadaan Bagus dibawa masuk ke dan di dalam pesawat


Justeru Bagus terpaksa menyewa 13 tempat duduk sebuah pesawat dari lapangan terbang di Manokwari, Papua Barat ke lapangan terbang di Makassar, Sulawesi Selatan yang jaraknya kira-kira 1,500 kilometer dan mengambil masa kira-kira 3.5 jam. 

Sebanyak 9 kerusi diperuntuk untuk diletakkan katil hospital untuk Bagus dengan kerusi-kerusi itu terpaksa 'ditidurkan', sementara dua kerusi untuk ahli keluarga yang mengiringinya dan dua lagi untuk seorang pembantu perubatan dan bagi tempatkan tabung gas oksigen.

Bayangkan sebanyak Rp60 juta (kira-kira RM180 ribu)j perlu dikeluarkan oleh keluarga Bagus. Si ayah walaupun agak berkemampuan namun dia agak ralat kerana anaknya perlu dibawa jauh untuk mendapatkan rawatan. 

Ini kerana sebelumnya Bagus dirawat di sebuah hospital di Manokwari, namun hospital itu tidak mempunyai peralatan perubatan yang sesuai dan doktor pakar dalam bidang tertentu untuk memberi rawatan yang berkesan. 



Video, foto dan kisah Bagus dibawa ke Hospital Universiti Hasanuddin (Unhas) di Makassar tular setelah dimuat naik dalam akaun Instagram @lisnya_imam_88. 

Terlihat Bagus terbaring lemah di atas tilam katil hospital  yang diletakkan di dalam pesawat. Dia terpaksa dalam posisi berbaring sepanjang penerbangan. 

Pembedahan di Hospital Universiti Hasanuddin, Makassar berjaya dijalankan pada Jumaat, 25 April 2025.

Sebahagian netizen mengkritik kekurangan kemudahan perubatan di wilayah terpencil dan mengharap kerajaan segera membaiki segala kekurangan itu. - KitaReporters

10
12
0
7
0
You will be interested