Insan & Komuniti 12 Jul, 2023

Tandas BMW? Tandas Bersih, Menawan dan Wangi! Dilancarkan SWM Environment! Libatkan dua PBT Melaka!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: kita.reporters@gmail.com atau editor.kitareporters@gmail.com

Share this


Sebanyak 63 tandas awam di Melaka menerima perkhidmatan penyelenggaraan kerja-kerja pembersihan SWM Environment Sdn Bhd (SWM Environment) di dua kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) negeri Melaka iaitu Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) dan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ). 

Mohd Norlisam Mohd Nordin, Pengurus Besar Korporat SWM Environment berkata, “SWM Environment sentiasa komited dalam memastikan semua tandas awam ini diselenggara dengan baik di dalam kawasan pentadbiran MPJ sejak Januari 2023 dan kawasan pentadbiran MPHTJ sejak April 2023. 



"Malah, kami yakin dapat memberi perkhidmatan yang terbaik jika diberi tanggungjawab untuk menyelenggara tandas awam lain yang terletak di seluruh negeri Melaka." 

Jasin menjadi daerah pertama di negeri Melaka yang melancarkan Program Tandas Bersih, Menawan dan Wangi (BMW) bagi menyahut saranan Kementerian Pembangunan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang berhasrat mewujudkan unit pemantauan kebersihan tandas awam yang melibatkan semua PBT di seluruh negara. 

Pelancaran program ini disempurnakan oleh Timbalan Exco Jawatankuasa Pelaburan, Perindustrian dan Pembangunan TVET Negeri Melaka merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rim, Datuk Khaidhirah Abu Zahar dan turut dihadiri Pengarah SWCorp Melaka, Khairuladha Ab Mutalib. 

Turut berlangsung ialah Kempen Kitar Semula KitaRecycle Jom Masuk Kampung di Pekarangan Stadium Jasin. - KitaReporters/Kenyataan Media



9
17
0
11
0
You will be interested