Insan & Komuniti 17 Apr, 2023

Opah Ngomel! Syurga di bawah tapak kaki ibu! Bekas isteri gagal tuntut harta! Semuanya nama ibu!

@kartini mohd noor
Pernah berkhidmat sebagai 1. Stringer Berita Harian 2. Wartawan Berita Harian 3 . Penyunting Harian Metro 4. Grup Editor Majalah IBUBAPA

Share this


HARI tu dalam satu siaran dalam TikTok ada sebut, anak-anak tidak perlu memberikan wang kepada ibu bapa kerana ia bukan tanggungjawab utama. Sebaliknya isteri dan anak-anak adalah tanggungan pertama kepada lelaki selepas berkahwin.

Tidak salah jika anak-anak lelaki tidak mahu menyumbangkan wang kepada ibu bapa jika keluarganya orang kaya-raya malah ada pula ibu bapa yang menanggung anak dan menantu serta cucu sekali. 

Bukan atas alasan membantu anak-anak kekal dengan kehidupan mewah tetapi itulah sikap semula jadi ibu bapa, pengorbanan mereka tidak pernah mengira masa.

Jangan ingat ibu bapa nak rebut harta anak-anak sebab kejayaan anak-anak adalah hadiah membesarkan mereka. 

Manakala anak-anak pula berjasa kepada ibu bapa adalah ikatan kasih sayang sehingga ke syurga. Jangan fikir membantu ibu bapa menjadikan anda miskin. 

Sebaliknya, setiap sen wang dibelanja itu adalah nilai sedekah paling hebat menjadi tonggak kejayaan anak-anak mencari rezeki di dunia dan pahala akhirat.


Achraf Hakimi's divorce - Wife seeks half fortune, discovers he owns nothing: Reports


Opah nak ingatkan menantu supaya menasihatkan suami terus berbakti kepada ibu bapa masing-masing. Bukan macam satu kisah yang Opah dengar bila salah seorang ibu bapa meninggal dunia, menantunya turut meminta suaminya jangan lagi meneruskan pemberian wang itu. 

Kita kena ingat sejak dilahirkan sehingga menghantar ke pintu universiti, berapa banyak pengorbanan wang ringgit, titik peluh dan doa ibu bapa yang mengiringi agar anak-anak berjaya. Bila terima ijazah. Bila bekerja anak-anak terus berfikir untuk bernikah.

Tidak salah pun berkahwin tetapi jangan lupa pada jasa ibu bapa. Sumbangan wang bukan sesuatu yang mustahak, pemberian wang adalah pembuka pintu rezeki pada anak-anak. 

Jangan fikir apabila sudah kaya, berjawatan tinggi, nak baiki rumah buruk ibu bapa pun takde duit. Tidak boleh beli rumah baharu baikilah sedikit demi sedikit rumah ibu bapa. 

Contohnya belikan mesin penapis air dan pasangkan penghawa dingin. Jadi takdelah alasan nantu dan cucu tak nak balik kampung sebab rumah atok tiada penghawa dingin.



Ini satu kisah anak lelaki yang sangat bijak. Dalam kisah terbaharu Achraf Hakimi yang juga bekas pemain bola sepak Maghribi, dia sangat bijak kerana menjadi anak yang taat dengan menamakan ibunya, Fatima ke atas semua hartanya.

Achraf Hakimi, pemain bola sepak dunia dikatakan menerima RM5.4 juta (€1 juta) sebulan tetapi 80 peratus asetnya dinamakan di atas ibunya. Malah pemain berusia 24 tahun itu juga tiada memilik harta, kereta, barang kemas malah baju yang dijual atas namanya adalah hak milik ibunya.

Pasangan itu dilaporkan berkasih pada 2018 ketika Hakimi berusia 19 tahun dan isterinya, Hiba Abouk pula 31 tahun. Ketika menfailkan perceraiannya, bekas isterinya menuntut harta sepencarian yang berjumlah setengah daripada €70 juta (RM383 juta). 

Malangnya bila mahkamah melihat laporan, Hiba terus 'terduduk' kot sebab satu sen pun dia tak boleh tuntut wang ibu mentuanya.

Dalam semua benda, Hakimi meminta daripada ibunya yang kemudian membeli untuk anaknya. Ini satu-satunya cara itu dapat memastikan hartanya tidak dijadikan ganjaran wanita yang berkahwin semata-mata kerana wang. 

Hiba menuntut penceraian kerana kononnya Hakimi mencabul wanita yang diundang ke rumahnya ketika dia dan keluarga bercuti di Dubai.




Cuba ingat pengajaran Nabi Ibrahim yang meminta anaknya Nabi Ismail menceriakan isterinya kerana tidak bersyukur dengan pemberian rezeki daripada Allah SWT. Anak-anak kita pula lebih 'takut' untuk melepaskan isteri kerana bimbang cinta hilang, tidak boleh move on dan sebagainya.

Opah pernah memberi syarat kepada menantu jika kamu tidak menjaga anakku dengan baik, akan Umi ambil kembali anakku kerana itu adalah hartaku. Pilih Umi atau dia. Dia pilih Umi dan kini dia lebih bahagia.

Begitu juga apa yang berlaku pada keluarga seorang pelawak yang disaman oleh kakak iparnya sendiri akibat harta yang tiada penama khas. Kita tidak tahu apa kemungkinan yang berlaku apabila pemilik harta meninggal dunia atau bercerai-berai. Kita tidak boleh andaikan sekali berkahwin berdua sampai mati .

Ada satu kisah di Amerika Syarikat pula, ibu memberikan harta pada anak perempuan dan membiarkan anak lelaki tidak ada dalam senarai pewaris. Sebaik isterinya meninggal dunia, bekas menantu jual rumah itu. - KitaReporters


12
9
0
11
0
You will be interested