Insan & Komuniti 04 Aug, 2022

Kami dah tak tahan dah! Penduduk Baling terus diuji! Gunung Inas terus ditarah? Banjir makin teruk!

@jamliah abdullah
Penulis konten & pemberita sambilan. Cintai alam semula jadi & makanan. Suka menulis untuk membantu yang memerlukan. Anda punyai kisah menarik untuk dikongsi, emelkan ke [email protected]

Share this


KAMI sudah tak tahan dah. Memang selalu banjir tetapi sejak ada balak kat atas bukit tu banjir makin teruk… dengan air lumpurnya.”

Itu luah Abd Aziz Ludin, 60, dari Kampung Sanau, Baling yang rumahnya sekali lagi dilanda banjir pada Selasa, 2 Ogos 2022 lepas.

Abd Aziz mendakwa ada kegiatan pembalakan baharu di Teluk Sanau yang tidak jauh dari kediamannya itu yang mencetus banjir paling buruk dalam sejarah penduduk pada hari berkenaan.

“Buruk… memang terburuk. Rumah kawan saya, air naik sampai ke bumbung. Arus bawa tanah bukit sangat deras sampai anggota penyelamat terpaksa buat operasi menyelamat.

Dahulu sikit-sikit sahaja. Kami bagaimanapun bernasib baik tidak seperti kejadian kepala air di Kampung Iboi sudah ‘mangli’ (biasa) dengan air bah dan sudah buat persiapan awal,” ceritanya.


Lagi cerita-cerita sedih berkaita bencana banjir


PENDUDUK Baling semakin menderita akibat banjir kilat... lumpur.


Menjelaskan lanjut, peniaga ini memberitahu aktiviti pembalakan itu dipercayai bermula sejak lebih setahun lepas.

Keadaan makin hari makin buruk. Hari Selasa itu hujan lebat lebih sejam terus banjir… arus air sangat deras dari bukit. Kami risau keadaan buruk akan terjadi nanti.

Apa yang makin buruk adalah banjir ini sudah semakin jauh perginya, sudah sampai ke bandar. Tak pernah dalam sejarah kawasan Hospital Baling dinaiki air seperti kejadian petang Selasa lepas,” luahnya.

Dalam kejadian terbaharu banjir kilat itu, lebih lima kampung terjejas termasuk kuarters Hospital Baling malah sembilan keluarga terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS).



Dalam pada itu sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) turut mendakwa kerakusan penebusan hutan di Gunung Inas kini mengakibatkan penduduknya semakin menderita apabila diuji dengan banjir dan kepala air.

Penasihat Sahabat Alam Sik (SAS), Mohd. Sobri Ramlee berkata, tindakan drastik perlu diambil untuk menjamin kesejahteraan rakyat termasuk menghentikan aktiviti pembalakan berkenaan.

“Banjir petang Selasa lepas melibatkan beberapa kampung di sekitar Teluk Sanau ini iaitu kawasan lain daripada Kampung Iboi dalam kejadian kepala air pada 4 Julai 2022 lepas.

“Apabila saya tengok gambar satelit, Ya! Allah ada kelompangan baharu di Gunung Inas di Puncak Tinjau gunung berkenaan. Hati saya terdetik, inilah ujian untuk penduduk Baling.

Dan hasil maklumat yang saya peroleh penduduk memberitahu memang ada kawasan balak baharu di situ sejak lebih setahun lepas,” jelasnya.


PANDANGAN satelit menunjukkan ada kelompangan di Teluk Sanau, Baling dipercayai aktiviti pembalakan.


Katanya, tindakan segera perlu dilakukan bagi mengelak tragedi kepala air di Kampung Iboi berulang di kawasan lain pula.

Pada 4 Julai 2022 lepas, tiga penduduk maut sementara 17 keluarga hilang tempat tinggal akibat kepala air yang dicetuskan dari ladang durian Musang King di Gunung Inas.

Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor bagaimanapun mengulangi kenyataannya bahawa projek penanaman durian Musang King di Gunung Inas tidak menjadi punca kepada berlakunya tragedi banjir dan kepala air itu. - KitaReporters


 

 

 

 

10
8
1
8
0
You will be interested