Sempena menyambut kemerdekaan negara ke-68 tahun pada tahun 2025 ini, seramai 68 orang kakitangan Jabatan Pengangkutan Jalan ((JPJ) Negeri Kedah mengadakan program Semarak Merdeka: Kempen Keselamatan Jalan Raya dan Konvoi Amal 2025.
Mereka menunggang motosikal masing-masing ke beberapa lokasi pilihan termasuk ke rumah anak yatim dalam usaha mengeratkan hubungan yang lebih baik dengan komuniti tersebut. Di rumah anak yatim yang dikunjungi, pelbagai sumbangan, termasuk beras disampaikan.

Peserta konvoi amal menunggang motosikal di lebuh raya dalam keadaan berhemah sempena program Semarak Merdeka: Kempen Keselamatan Jalan Raya dan Konvoi Amal 2025.

Peserta mendengar taklimat sebelum menyertai program itu.
Pengarah JPJ Negeri itu, Stien Van Lutam berkata, pihaknya gembira kerana ramai kakitangan JPJ Kedah dapat menyertai konvoi itu.
Konvoi menunggang motosikal itu bermula dari Alor Setar bermula pukul 11.30 pagi pada 20 Ogos 2025 lalu.
Katanya, sebelum konvoi dimulakan peserta diberi taklimat terlebih dahulu.
"Melalui taklimat itu, peserta Program Kempen Keselamatan Jalan Raya sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan Tahun 2025 bertempat di Lobi Utama JPJ Negeri Kedah itu, berpeluang mendengar ceramah ringkas supaya sentiasa menunggang motosikal dengan cara lebih berhemah," katanya lagi.
Selepas pendaftaran dilakukan, peserta menerima agihan baju konvoi dan terus menunggang motosikal ke lokasi yang ditetapkan. Pelepasan peserta dilakukan setelah sahaja bacaan doa.

Stien Van Lutan (tengah) menyampai sumbangan kepada pertubuhan Rumah Anak Yatim Daerah Kuala Muda di Kampung Che Bema, Sungai Layar, Sungai Petani.

Stien Van Lutan (tengah) juga menyampaikan sumbangan ketika berada di Rumah Anak Yatim Amal Solehah, Kampung Sungai Durian, Jalan Jenun, Pendang.
"Peserta program meneruskan konvoi amal, termasuk lokasi awal di pertubuhan Rumah Anak Yatim Daerah Kuala Muda, di Kampung Che Bema, Sungai Layar dan pertubuhan Rumah Anak Yatim Az-Zahra, Bandar Laguna Merbok, Sungai Petani.
"Konvoi meneruskan perjalanan ke Rumah Anak Yatim Amal Solehah, Kampung Sungai Durian, Jalan Jenun, Pendang," kata beliau lagi.
Kempen diadakan ini bukan sahaja memfokuskan kepada keselamatan jalan raya, tetapi juga membawa mesej kepedulian sosial melalui lawatan amal ke rumah anak yatim tersebut.
Stien Van Lutam menambah, pihaknya gembira kerana konvoi diadakan sempena menyambut kemerdekaan negara ke-68 ini, mendapat kerjasama dari banyak pihak.
Selepas mengagih-agihkan sumbangan kepada rumah anak yatim itu, peserta konvoi terus kembali balik ke pejabat JPJ Alor Setar dalam keadaan selamat. - KitaReporters

Stien Van Lutam (tengah) bergambar dengan pesertra-peserta sebelum melakukan pelepasan konvoi amal pada program Semarak Merdeka Kempen Keselamatan Jalan Raya dan Konvoi Amal 2025 di Alor Setar, Kedah baru-baru ini.