Insan & Komuniti 08 Nov, 2022

Video| Alhamdulillah! Zamani selamat dibedah tulang belakang! Terima kasih atas doa semua! - Isteri

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this

Zamani Slam dan isteri Nur Juliana Abd Rani


PENYANYI Zamani ‘Slam’ Ibrahim, 51, selamat menjalani pembedahan skoliosis iaitu membetulkan tulang belakang melengkung. Pembedahan berlangsung selama kira-kira tujuh jam pada Isnin, 7 November 2022.

Pembedahan yang bermula pada jam 8 pagi dan selesai pada jam 3.15 petang di sebuah pusat perubatan swasta di Cheras, Kuala Lumpur.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan penyanyi Zamani Slam


Isteri kepada Zamani, Nur Juliana Abdul Rani mendedah perkembangan itu menerusi laman Instagramnya. Juliana turut mengucapkan terima kasih atas doa peminat untuk kelancaran prosedur pembedahan berkenaan.

Dia turut menyertakan gambar bilik pembedahan di mana suaminya menjalani pembedahan membetulkan tulang belakang melengkung akibat penyakit skoliosis.

“Syukur Alhamdulillah... Dengan izin Allah Abang Zamani selamat menjalani pembedahan sebentar tadi.. 🤲 Terima kasih atas doa-doa buat Abg Zamani.. 🥰," demikian catatan ringkas isteri Zamani. 



Difahamkan, pembedahan bahagian yang kritikan itu hanya mengambil masa selama dua jam setengah sahaja dan Zamani dijangka dibenarkan pulang dalam tempoh beberapa hari lagi.

Zamani turut perlu menjalani latihan fisioterapi dan tempoh pemulihan bergantung kepada tahap kekuatan antibodi dirinya. Dia boleh kembali menyanyi dalam tempoh tiga ke enam bulan selepas pembedahan.


Aznil menyerahkan hasil sumbangan peminat kepada Zamani pada hujung Julai 2022


Zamani mula menghidap penyakit tersebut sejak 2015 dan keadaan dilihat semakin teruk apabila badannya tidak boleh berdiri tegak ekoran tulang belakangnya melengkung.

Zamani mendapat wang pembedahan hasil usaha amal yang dijalankan oleh selebriti terkenal Datuk Aznil Nawawi yang berjaya mengumpul sumbangan daripada peminat Zamani sebanyak kira-kira RM120,000 hanya dalam masa beberapa hari sahaja. Ia diserah kepada Zamani pada hujung Julai 2022.

Jika usaha amal itu tidak dilakukan oleh Aznil, Zamani mungkin sukar untuk menjalani pembedahan sekarang kerana dia sebelum ini bercadang untuk melakukan konsert yang sukar untuk mengumpul jumlah itu dalam tempoh terdekat. - KitaReporters


24
27
0
17
0
You will be interested