Insan & Komuniti 15 Mar, 2023

Aku Ingin Hidup! Siri Wacana CMS! Juga lancar Tabung Putri Nur Damia! Salah seorang pemandiri kanser!

@amil abdullah saiby
Berkhidmat di Utusan Melayu(M)Berhad selama 35 tahun,Jawatan terakhir disandang ialah Pegawai Penyelidik Kanan Jabatan Editorial Utusan. Pengalaman: Wartawan sambilan di Mingguan Timur,Utusan Malaysia dan Kosmo. Penulis buku "coffeetable" Transformasi

Share this

Wakil Muslim Care Malaysia Society memberikan sumbangan sebanyak RM5,000 kepada Pengerusi Canser Survivor Malaysia (CSM), Zuraini Kamal (tiga dari kiri) di Alor Setar, Kedah. - Sumber foto: FB Zuraini Kamal.


Sebahagian keluarga besar Canser Survivor Malaysia (CSM) yang hadir di Hotel Grand Alora, Alor Setar, Kedah. - Sumber foto: FB Zuraini Kamal.


Ramai kalangan kita tidak begitu mengambil berat atau tahu tentang penyakit kanser dan jenis-jenis kanser melainkan mereka telah disahkan menghidap penyakit pembawa ‘maut’ itu. Di Malaysia, lebih 20,000 pesakit kanser baharu dikesan setiap tahun.

Secara purata, golongan yang berumur 40 tahun ke atas merupakan kes yang lazim direkodkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Namun, sejak dua tahun kebelakangan ini, golongan muda yang berumur lewat 20-an dan 30-an sudah mula dikesan menjadi pesakit kanser. 


Lagi cerita-cerita sedih berkaitan penyakit kanser


Pada 11 Mac 2023, berlangsung satu acara Wacana #CSM: Aku Ingin Hidup anjuran sebuah pertubuhan sukarelawan Canser Survivor Malaysia (CSM) bagi Zon Utara 2023 yang bertujuan memberi sokongan kepada penjaga dan pemandiri (survivor) kanser serta ahli keluarga (pesakit) mereka di Hotel Grand Alora, Alor Setar, Kedah.

Mereka diraikan dalam satu program berbentuk kekeluargaan (gathering) dan wacana dengan berkongsi pengalaman dan mendengar cerita tentang perjalanan hidup mereka (pesakit) selain bertanya khabar antara satu sama lain.


Dr Malar Santherasegapan (kiri) bergambar bersama  Dr Mohd Hayati Othman (tengah) dan Zuraini Kamal dalam program Wacana #CSM: Aku Ingin Hidup di Alor Setar, Kedah.


Dr Malar juga seorang aktivis media sosial berswafoto dengan peminat-peminatnya yang menyertai progam Wacana #CSM: Aku Ingin Hidup di Hotel Grand Alora, Alor Setar, Kedah.- Sumber foto: FB Celoteh Dr Malar


Majlis turut mengundang dua orang Pegawai Perubatan iaitu Dr Malar Santherasegapan juga aktivis media sosial dan Dr Sakinah Sulong untuk memberikan taklimat mengenai kesihatan awam. 

Acara diserikan lagi dengan sesi berkenalan atau ‘ice breaking’, cabutan bertuah serta dihidangkan acara hiburan bersama artis legenda rock, Nizam Laksamana.


Tangkap layar Putri Nur Damia Danisha Abdullah dari aplikasi TikTok. -  Sumber foto: FB Zuraini Kamal.


Sementara itu, Pengerusi CSM, Zuraini Kamal turut menyampaikan sumbangan kewangan sebanyak RM9,000 kepada seorang remaja perempuan, Putri Nur Damia Danisha Abdullah, 14,  yang menghidap kanser tulang rapuh.

Menurut adik Nur Damia, dia memerlukan RM48,000 (kos keseluruhan) untuk melakukan pembedahan (lapan kali) dan rawatan  susulan serta ubat-ubatan di sebuah hospital.

Sumbangan orang ramai boleh dilakukan melalui akaun Bank Simpanan Nasional 0210929000160717 milik Putri Nur Damia Danisha Abdullah atau boleh dihubungi menerusi nombor telefon 016-7212206.

Antara yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan Negeri Kedah, Datuk Dr Mohd Hayati Othman (mewakili MB Kedah) yang merasmikan program tersebut serta melancarkan Tabung Putri Nur Damia Danisha Abdullah. - KitaReporters


Keratan akhbar Harian Metro bertarikh 25 Februari 2023 memaparkan kisah penderitaan adik Nur Damia yang menghidap kanser tulang rapuh.


Sumber:

FB Canser Survivor Malaysia

FB Zuraimi Kamal

FB Celoteh Dr Malar

10
10
0
5
0
You will be interested