Insan & Komuniti 11 Jan, 2023

Video| Puteri Sarah minta diceraikan! Ibu mentua sokong! Syamsul Yusof minta semua tenang, bersabar!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this
Puteri Sarah minta Syamsul melepaskan dirinya kerana tak sanggup bermadu

Kemelut rumah tangga semakin membara apabila Puteri Sarah Iyana Megat Kamaruddin, 37, meminta Syamsul Yusof melepaskan dia kerana dia tidak sanggup hidup bermadu. Manakala ibu mentuanya, Datin Parimah Ismail turut bersetuju dengan permintaan menantunya.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan pelakon Puteri 



Syamsul pula selepas berdiam diri selama tiga hari, kembali bersuara menerusi satu hantaran dalam Instagramnya pada pagi Selasa, 10 Januari 2023.

Menulis ringkas, Syamsul dilihat menitip doa buat kedua-dua isterinya, Puteri Sarah dan Ira Kazar agar bertenang dan banyak-banyak bersabar.

“Moga kedua-dua isteriku tenang dan banyakkan bersabar. Doakan yang baik-baik,” katanya.



Syamsul meminta isteri-isterinya bertenang dan banyak bersabar

Sementara itu, Puteri Sarah menerusi Insta Storynya berkata, dia cuba untuk tidak memberikan reaksi terhadap perkara yang sudah berlaku, namun terpaksa bersuara kerana ingin menyatakan rasa kecewa bagi pihak keluarga.

Perkongsian Puteri Sarah ini dipercayai merujuk kepada kenyataan yang telah dibuat oleh Syamsul Yusof sebelum ini.

Dalam pada itu, Sarah turut memohon agar Syamsul tidak lagi menyakiti hati anak-anak dan berfikir dahulu sebelum membuat sebarang hantaran dalam media sosial.



"Orang jahil akan serlahkan kejahilannya. Walaupun dia disangka berilmu. Saya cuba untuk tidak memberikan reaksi kerana semuanya sudah berlaku. Tetapi saya rasa bertanggungjawab untuk memberitahu bahawa saya berasa kecewa dan malu bagi pihak anak-anak serta keluarga.

"Syaikhul dan Sumayyah sedang membesar dan saya tidak boleh sorok mereka daripada telefon pintar. Jangan sesekali menyakiti hati dan perasaan anak-anak. Berfikirlah sebelum membuat sebarang hantaran. Malunya ya Allah, Syaikhul dan Sumayyah dapat ayah macam ni," tulis Puteri Sarah.


 

Sementara itu ibu mentua Puteri Sarah, Datin Patimah Ismail bersetuju dengan langkah menantunya untuk minta dilepaskan. 

“Puteri Sarah Liyana ditinggalkan terkapai-kapai menguruskan anak-anak yang sedang membesar. Adilkah semua ini?” kata Patimah.

Demikian respons ibu kepada pengarah Syamsul Yusof, Datin Fatimah Ismail selepas menantunya yang juga aktres Puteri Sarah meminta cerai daripada suaminya dalam satu hantaran Instagram pada 10 Januari  2023.

Menurut isteri kepada pengarah tersohor, Datuk Yusof Haslam ini, menantunya berhak mendapatkan kebahagiaan sendiri sebagai ibu yang telah berkorban demi dua anaknya.

“Puteri Sarah berhak untuk bahagia sebagai isteri dan ibu yang melahirkan Syaikhul dan Sumayyah, pengorbanannya langsung tidak dihargai. Kebahagiannya telah dirampas dengan kejam oleh mereka (Ira Kazar dan Syamsul),” katanya.

Sebelum ini, Patimah lantang menyuarakan kekecewaannya selepas Syamsul  mengaku telah mengahwini Ira Kazar berwalikan bapa kandung, Kazarudin Saisi pada 6 Januari 2023 di Thailand.

Kata Patimah, dia tidak menerima Ira sebagai menantunya termasuk mengakui Kazar sebagai besan. - KitaReporters


8
9
0
14
0
You will be interested