Insan & Komuniti 27 Jan, 2023

Angkara tali kaca! Enam terkorban leher terjerut tali! Sambutan festival layang-layang antarabangsa!

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this


SIAPA sangka keterujaan penduduk di Gujarat di India menyambut Festival Layang-Layang Antarabangsa yang disambut saban tahun bertukar menjadi tragedi.

Lebih menyedihkan enam orang termasuk tiga kanak-kanak dilaporkan meninggal dunia selepas leher mereka terjerut tali layang-layang berkenaan.


Lagi kisah-kisah pilu berkaitan kejadian tragedi 



Memetik ndtv.com tragedi berkenaan berlaku pada 16 Januari 2023 lalu ketika orang ramai hadir ke Festival Layang-Layang Antarabangsa di Gujarat.

Pegawai di bandar Bortalav berkata, beberapa tali layang-layang yang tajam tersangkut dan terbelit pada leher mangsa lalu menyebabkan mereka maut.

Lebih menyedihkan, seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun antara mangsa paling muda yang terkorban dalam kejadian itu.



Katanya, mangsa sedang membonceng skuter bersama bapanya di bandar Bhavnagar apabila tali layang-layang menjerut lehernya.

Kanak-kanak malang itu dikatakan meninggal dunia 17 januari 2023 lalu selepas menerima rawatan di hospital berhampiran.

Dalam kejadian lain, seorang kanak-kanak berusia tiga tahun yang sedang berjalan pulang bersama ibunya di bandar Visnagar  turut dilaporkan meninggal dunia apabila seutas benang terbelit di lehernya.

Kanak-kanak itu dikejarkan ke hospital tetapi disahkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital berkenaan.

Sementara itu seorang lagi, seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun maut selepas lehernya terbelit tali layang-layang ketika sedang menunggang dengan ibu bapanya menaiki skuter di Rajkot.



Bukan sahaja kanak-kanak yang menjadi magsa festival layang-layang tidak terkecuali tiga lelaki turut kehilangan nyawa dalam kejadian serupa di daerah Vadodara, Kutch dan Gandhinagar.

Sementara itu, pihak berkuasa berkata, terdapat beberapa kes individu menggunakan tali yang tajam untuk menerbangkan layang-layang mereka.

Tali layang-layang bersalut kaca dipercayai antara punca utama kejadian itu, dan ia masih boleh didapati walaupun penggunaannya sudah dilarang.



Dilaporkan, tali bersalut kaca sering digunakan pemain layang-layang untuk memutuskan tali pesaing, namun malangnya ia menjadi ‘pembunuh’ kepada individu lain yang tidak bersalah sehingga  boleh menyebabkan kecederaan dan kematian.

Siapa sangka niat untuk gembira dan tampilkan kreativiti melalui penghasilan layang-layang kini sudah bertukar menjadi mimpi ngeri.

Mungkin pihak berkuasa India boleh merangka undang-undang yang lebih  spesifik lagi  dalam penyertaan festival layang-layang yang menjadi acara tahunan di India. - KitaReporters


13
15
0
17
0
You will be interested