Insan & Komuniti 21 Feb, 2023

Video| Semoga abang polis trafik terlelap sihat-sihat sahaja! Ramai netizen suarakan rasa prihatin!

@nur syamila kamarul arefin
Alumni Universiti Sains Malaysia dalam bidang kewartawanan. Pernah berkhidmat sebagai seorang wartawan dan juga penulis di dua buah syarikat. Masih lagi belajar menjadi seorang penulis.

Share this


Jangan ingat kerja seseorang itu amat mudah dan senang kerana setiap pekerjaan itu ada cabarannya yang tidak ramai tahu. Tular sebuah video dalam media sosial memaparkan seorang anggota polis trafik yang dilihat mengantuk sehingga terlelap ketika berdiri semasa sedang menjalankan tugas di jalan raya. 

Rata-rata netizen yang melihat video ini rasa tersentuh kerana kerja yang dilakukan oleh polis trafik tidak mudah dan memerlukan fizikal serta mental yang kuat bagi mengawal trafik dan juga tingkah laku manusia.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan unit polis trafik


Dilihat daripada video yang dimuat naik, polis trafik ini beberapa kali terlelap semasa menjalankan tanggjungjawab sehingga terhuyung hayang. Perakam video ini sedaya upaya memanggil polis tersebut agar beliau tidak mengantuk dan sedar, namun dia tidak terjaga.

Beliau dilihat tidur sambil berdiri ketika menjalankan tanggungjawabnya sebagai polis trafik.

Rata-rata netizen yang melihat video ini rasa tersentuh kerana kerja yang dilakukan oleh polis trafik tidak muda memerlukan fizikal dan mental yang kuat bagi mengawal trafik dan tingkah laku manusia. 

Polis Diraja Malaysia Daerah Kuching telah mengambil maklum tentang insiden berkenaan yang dipercayai berlaku di Bulatan Uplands, Kuching, Sarawak pada Jumaat, 17 Februari 2023  lalu.

Mungkin kerana terlalu penat, beliau tertidur! - KitaReporters


15
11
0
11
0
You will be interested