Insan & Komuniti 02 Jan, 2025

Tolong kami! Bantu isi Tabung Kebajikan Kanak-kanak Global! Inisiatif MyChild International dan MAPIM!

@ketua editor
Ketua Editor KitaReporters.com... Boleh hantar emel kenyataan media atau berita dan story ke [email protected] atau [email protected]

Share this

.


Pertubuhan Kebajikan Kanak-kanak Global (MyChild International) dengan kerjasama Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) pada 28 Disember 2024  melancarkan Tabung Kebajikan Kanak-kanak Global.

Matlamat tabung ini adalah untuk menghulurkan bantuan kepada kanak-kanak yang berkeperluan akibat pelbagai penderitaan yang dialami disebabkan: kemiskinan, mangsa perang dan konflik, eskploitasi, keganasan, bencana alam dan dinafi perlindungan.

Bantuan akan melibatkan keperluan kanak-kanak dalam hal ehwal pendidikan, kesihatan, keperluan asas, rawatan, perlindungan, tempat tinggal dan keselamatan.

Tabung ini adalah inisiatif khusus untuk fokus kepada pelbagai isu kebajikan kanak-kanak merentas agama, bangsa dan negara.

Kami akan mengerakkan usaha keras supaya masyarakat dan kerajaan Malaysia dan seluruh negara dunia memberi kerjasama bagi mengeluarkan kanak-kanak daripada penderitaan akibat menjadi mangsa pelbagai keadaan agar segera diselamatkan, terutama di kawasan konflik.

Kami mengambil berat dan berpandangan serius terhadap laporan mengenai situasi kanak-kanak di dunia mengikut badan dunia UNICEF yang menjadi agensi bertanggungjawab melindungi hal ehwal dan kebajikan kanak-kanak.



Di bawah PBB, sepatutnya kanak-kanak terlindung di bawah Konvensyen Hak Kanak-kanak (Convention on the Rights of the Child) 1989 (CRC). Konvensyen ini sudah berumur 35 tahun. Namun nampaknya situasi kehidupan kanak-kanak di dunia semakin meruncing. 

Mengikut laporan UNICEF dan Bank Dunia, pada 2023 sahaja, 333 juta (1 daripada 6) kanak-kanak hidup dalam kemiskinan.

Mengikut Peace Research Institute Oslo (PRIO) dan Save the Children, 468 juta kanak-kanak di dunia hidup dalam kesan  perang dan konflik. Bermakna 1 dalam 6 kanak-kanak berada dalam zon konflik. Manakala 30 juta kanak-kanak mengalami pemindahan paksa akibat perang dan konflik.

CRC sepatutnya dapat melindungi nyawa kanak-kanak seluruh dunia. 

Ia perjanjian untuk menjamin kehidupan kanak-kanak oleh pihak kerajaan, sistem PBB dan sistem multilateral, komuniti swasta dan masyarakat sivil untuk membangunkan polisi dan pendekatan yang berkesan ketika dunia berdepan dengan cabaran semasa terhadap kanak-kanak yang kronik.

Prinsip-prinsip dalam CRC memberi fokus kepada polisi dan pelan untuk keperluan asas kanak-kanak di seluruh dunia.

Kami percaya kepada pendekatan memandangkan masa depan untuk menjamin hak kanak-kanak. 

Dengan dana yang mencukupi, mengatasi masalah kanak-kanak yang terlantar dan teraniaya dapat dibantu.



Kami mengharapkan pelbagai pihak dapat menyumbang kepada Tabung Kebajikan Kanak-kanak Global ini untuk mencapai matlamat membantu kanak-kanak yang mengalami pelbagai masalah.

Tabung ini akan merangka projek kebajikan kanak-kanak dalam dan luar negara meliputi:

  • 1. Bantuan Anak Yatim
  • 2. Bantuan Kanak-kanak mangsa di kawasan/ negara konflik.
  • 3. Bantuan pendidikan kanak-kanak miskin.
  • 4. Bantuan rawatan kanak-kanak miskin.
  • 5. Bantuan kanak-kanak bencana alam.
  • 6. Bantuan kanak-kanak pelarian tanpa kerakyatan.

Sumbangan boleh disalurkan melalui akaun Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia CIMB 864556678 

Sebarang pertanyaan boleh berhubungan dengan Mohd Azmi Abdul Hamid, Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Kanak-kanak Global dan Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia. - KitaReporters/Kenyataan Media


12
9
0
14
0
You will be interested