Insan & Komuniti 30 Jun, 2021

Ulang tahun ke-60 Puteri Diana! Ratu Elizabeth II, Charles, Camilla tak hadir perasmian arca!

@kartini mohd noor
Pernah berkhidmat sebagai 1. Stringer Berita Harian 2. Wartawan Berita Harian 3 . Penyunting Harian Metro 4. Grup Editor Majalah IBUBAPA

Share this

Dua putera Lady Diana berada dalam dua keadaan berbeza. Seorang disanjung dan seorang lagi `tinggalkan` istana. - Kredit Gambar: Daily Expres


Ratu Elizabeth II mengesahkan tidak akan hadir pada perasmian pembukaan ukiran arca Lady Diana. Begitu juga Putera Charles dan isterinya, Camilla menghabiskan hujung minggu di Scotland ketika dua anaknya meraikan ulang tahun kelahiran Puteri Diana ke-60, pada 1 julai 2021.

Ratu Elizabeth dikatakan mahu menjaga `hati` menantu baru dan anaknya yang bakal raja, memberi alasan `malangnya` secara tiba-tiba saja perlu memenuhi jadual kerja bertindih di Scotland meraikan Minggu Lawatan Diraja - Holyrood bagi tujuan mempromosikan budaya dan inovasi negara.

Akhbar Express melaporkan baginda ratu akan menginap di Istana Holyroodhouse di Edinburgh dan lawatan itu bagi kerja kebajikan dan bisnes membabitkan acara diraja di ibu kota Scotland, Glasgow dan Stirling. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Puteri Diana


Gaun pengantin Diana turut dipamerkan sempena hari jadinya ke-60


Seorang pengulas, Richard Fitzwilliams memberitahu Express.co.uk: "Malang sungguh bagi Harry kerana Ratu terpaksa berada di Scotland untuk lawatan diraja dan baginda tidak berpeluang bertemunya, kecuali Harry melanjutkan tempoh cuti."

Ratu memulakan lawatan dengan ditemani Putera William dengan melawat kilang AG Barr dan merasmikan proses peralatan baru kilang itu di Cumbernauld.

Dan Charles pula dengan serta merta telah bertindak berlepas ke Scotland sebaik saja Harry menjejakkan kakinya di London, pada Jumaat,  25 Jun 2021 lalu.

Meskipun semua pihak sudah menjangkakan perkara itu akan tetapi Harry tetap meneruskan hasratnya untuk merasmikan majls itu. Terasa dirinya  sudah `dipinggirkan` oleh istana berikutan dia berterus terang tentang kehidupan yang dilalui di istana tertua di dunia itu. 


queen prince william

William menemani neneknya membuat lawatan diraja ke Scotland. - Kredit gambar: Getty Image


Harry kini menginap di kediamannya Frogmore Cottage, menjalani kuarantin selama lima hari dan untuk ujian Covid-19.

Charles pula dilaporkan bersikap dingin dengan anaknya dan ada ura-ura dia tidak akan mengurniakan gelaran kepada dua cucunya sebaik saja menaiki takhta dalam usaha mengecilkan bilangan kerabat bekerja dan menerima gaji daripada kerajaan.

Duke of Sussex itu tiba tanpa Meghan Markle dan dua anaknya, Archie dan Lilibet Diana kerana Meghan masih `berpantang` di California. Putera Harry dan abangnya, Putera William dijangka mengadakan majlis kecil-kecilan meraikan pembukaan arca yang sudah lama tertangguh akibat Covid-19  tahun 2020 lalu.

Arca itu akan ditempatkan di taman Sunken Garden, Istana Kensington.

Turut hadir dalam majlis itu ialah pengukir terkenal, Ian Rank-Broadley dan tukang kebun yang menghiasi taman berkenaan, Pip Morrison yang sebelum ini sudah pun menghiaskan taman berkenaan dengan pelbagai jenis bunga putih.


Anak-anak Puteri Diana dan menantu perempuannya. Kredit gambar: Getty Image



Ini pertemuan kali kedua sejak bersama menghadiri pengkebumian datuk mereka, Putera Philip, Duke of Edinburgh pada April 2021 lalu.

Harry dan abangnya memulakan pembinaan arca itu sejak 2017 sempena 20 tahun kematian Diana dengan membiayai kos khidmat jawatankuasa pengukir itu.

Sebelum itu, Istana Kensington juga turut mempamerkan pakaian pengantin Diana sehingga tahun 2022. 

Lady Diana, Puteri Wales, terbunuh dalam nahas kereta bersama teman baiknya, Dodi al-Fayed dalam terowong cinta di Paris pada 31 Ogos 1997. 

Turut terbunuh pemandu kereta mereka, Henri Paul. Dua pengawalnya selamat. - KitaReporters


1
0
0
0
0
You will be interested