TIGA pemuda keluar berjalan-jalan menaiki kereta di Putatan, Sabah. Dalam perjalanan itu mereka bertemu dengan satu lembaga kanak-kanak berusia kira-kira 5 tahun menaiki basikal roda tiga di jalan itu tanpa pengiring sekitar jam 3 pagi. Hampir tidak percaya dengan lembaga itu seorang kanak-kanak kerana menyangka lembaga itu adalah hantu. : KitaReporters
Lagi kisah-kisah menarik berkaitan Sabah:
https://kitareporters.com/search?search=sabah
Lalu, pemandunya memberhentikan kereta sementara seorang lagi merakamkan video dan memuat naik video berkenaan dalam akaun FaceBook milik @Rizal Hakimm yang kemudian tular.
Kanak-kanak itu hanya diam apabila ditanya nama dan sebab keluar berjalan pada awal pagi pada 30 Disember 2020 itu.
Tiga pemuda ini kemudian membuat laporan ke sebuah balai polis bagi memberitahu apa yang mereka lihat dan beberapa anggota polis menyiasat ke tempat dinyatakan.
Dan ternyata budak kecil itu masih ada. Kanak-kanak itu kemudian dibawa ke balai polis.
Ketua Polis Daerah Penampang Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim, mengesahkan kejadian tersebut. Dia menjelaskan kejadian tersebut terjadi pada 30 Disember 2020 di simpang Kampung Pasir Putih, Putatan, Sabah.
Pada masa yang sama, ibu kanak-kanak itu panik mendapati anaknya tiada di rumah dan pintu terbuka. Dia mencari si anak dengan kereta di sekitar kampung dan bandar, namun tidak berjumpa, lalu bercadang membuat laporan polis.
Demikian menurut si ibu yang mengguna nama Nana dalam FaceBook Autisme Malaysia selepas mengetahui peristiwa itu menjadi tular.
Hampir tidak percaya ketika sampai di balai polis, didapati anaknya sedang masuk ke sebuah kereta peronda. Kanak-kanak yang dipanggil Mino itu hendak dihantar pulang.
Ketiga pemuda itu turut menghantar pulang basikal roda tiganya.
Menurut Nana, Mino adalah kanak-kanak yang dikesan mengalami autism hyper sejak berusia tiga tahun.
Peristiwa ini perlu menjadi pedoman terhadap ibu bapa bagi memberi penjagaan rapi kepada anak-anak hIperautisme. - KitaReporters