Insan & Komuniti 01 Jan, 2021

Video| Razeef, Nurul Ain bela ratusan kucing, anjing sakit dan cedera! Ebit Lew beri sumbangan

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this

TIDAK ramai insan yang berhati mulia dan sanggup merawat haiwan terbiar khususnya kucing dan anjing yang sakit dan cedera dengan menyediakan tempat tinggal, rawatan, ubat-ubatan dan makanan untuk haiwan itu. Tetapi pasangan suami isteri Muhammad Razeef Che Shamah, 39, dan Nurul Ain Abdul Hamid, 28, sanggup! : KitaReporters.com 


Ebit melihat sebahagian kucing terbiar di SI Home Shelter. - Kredit foto-foto: FB Ebit Lew


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan kucing dan anjing:

https://kitareporters.com/search?search=kucing

https://kitareporters.com/search?search=anjing


Muhammad Razeef dan Nurul Ain sanggup memelihara dan menguruskan 400  kucing dan 11 ekor anjing terbiar yang cedera dan tidak diurus dengan memberi haiwan-haiwan itu tempat tinggal yang agak selesa, penjagaan dan rawatan. 

Haiwan-haiwan tersebut dipelihara di sebuah rumah yang dipanggil SI Home Shelter di Shah Alam, selangor.


Ebit  turut menyediakan sejumlah makanan untuk kucing.

Walaupun menerima pandangan negatif daripada sebahagian masyarakat Islam kerana turut ‘membela’ dan merawat anjing, namun pasangan suami isteri ini tetap tenang menghadapi tohmahan kerana menganggap ia juga haiwan yang perlu dibantu dan disayangi. Mereka tetap melakukan samak ketika melakukan kerja ini.

Ebit turut melihat kandang anjing di pusat jagaan itu.


Bagi Muhammad Razeef semangat cintakan haiwan turun daripada kecintaan ayahnya kepada haiwan peliharaan. Sebelum ini dia menyewa sebuah rumah tidak jauh daripada rumah ibunya.

Ebit turut mendukung anak Razeef, Adam Yusuf

Namun memandangkan jumlah kucing dan anjing terbiar kian bertambah, dia menyewa sebuah rumah kedai tiga tingkat di Taman UEP, Shah Alam, Selangor.

Muhammad Razeef bertuah kerana mempunyai isteri yang mempunyai minat yang sama. Minat Nurul Ain terhadap haiwan bermula apabila diminta untuk merawat anjing bernama Marvela.

Nurul Ain bersama Marvela, Jezamine dan Harith Iskander


Setelah berjaya memulihkan Marvela dia semakin sayang kepada anjing itu. Dia menangis apabila Marvela diambil sebagai anjing angkat oleh selebriti Harith Iskander dan isterinya, Jezamine Lim. Nurul Ain kini sering menghubungi Harith atau isterinya untuk mengetahui perkembangan Marvela.  

Bagi mengendalikan S.I Home Shelter, pasangan suami isteri ini memerlukan belanja sekitar RM15,000 sebulan untuk sewa bangunan, kos rawatan, ubat-ubatan, gaji pekerja, makanan dan lain-lain.

Portal  mb.erabaru.com antara media yang menyiarkan kegiatan suami isteri ini bersama anak mereka.

Sebahagian kos ditanggung oleh Muhammad Razeef yang bekerja membaiki dan menjual motor. Sementara Nurul Ain pula menjalankan perniagaan online dengan menjual pelbagai alat mekap.

Razeef bersama anaknya Adam Yusuf


Mereka terpaksa membahagikan pendapatan antara SI Home Shelter dan pembelanjaan rumah tangga di mana anak tunggal mereka Adam Yusuf yang merupakan anak autisme.
Memandang kos yang agak tinggi itu pasangan ini meminta sumbangan derma daripada orang ramai.

Nurul jika ada masa turut memandikan anjing

Bagi mereka yang berminat boleh datang ke SI Shelter Home di No 1, Jalan SS 14;8, Taman UEP, 47500, Shah Alam, Selangor, serta menelefon: 013-5131833.
Orang ramai juga boleh menghantar sumbangan ke akaun bank Razeef iaitu iaitu Muhamad Razeef Che Shamah CIMB 7011298684 atau Maybank 162786101733 dan Paypal: [email protected].

Antara kucing terbiar yang dirawat di pusat jagaan ini.


Tokoh amal dan pendakwah bebas, Ebit Lew pada Rabu, 30 Disember 2020 mengunjungi SI Home Care di Shah Alam itu bagi menemui pasangan suami isteri tersebut dan melawat kucing-kucing dan anjing-anjing yang dipelihara di sana.

Ebit turut memberikan sejumlah makanan untuk haiwan itu dan sejumlah wang untuk membantu pengurusan pusat jagaan itu.

Berikut adalah tulisan penuh Ebit dalam FaceBook dan Instagramnya.

"Terharu lihat sepasang suami isteri selamatkan 400 ekor kucing jalanan yang sakit dan 11 ekor anjing. Mereka sewa 3 tingkat unit kedai untuk rawat kucing ini. 

"Semalam ramai tag saya bila mereka perlu untuk kos rawatan. Saya melawat SI Home Shelter @nurullainabdulhamid di Shah Alam. Saya bawa sedikit makanan kucing serta beri belanja untuk bayaran rawatan.

"Sedih kasihan kucing semua manja-manja. Comel-comel. Macam-macam penyakit. Ada yang patah kaki. Bulu tiada. Dan penyakit lain. Kasihan lak rasa. Anjing pun sama. Comel dan manja walau tengah sakit.

"Saya doakan Allah bantu dan berkati semua yang membantu kucing dan anjing inI." - KitaReporters



2
0
0
0
0
You will be interested