Insan & Komuniti 31 Jan, 2021

Babi betul! Pesawah tendang 2 kali babi hutan naik minyak hingga tercampak ke dalam longkang!

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: [email protected]

Share this

MOHD Ramli Putih menunjukan tangannya luka serta badannya sedikit tercalar selepas `bergaduh' dengan seekor babi hutan di Kampung Batu 10, Tanjung Piandang, Parit Buntar, Perak pada 25 Januari 2021. - Kredit foto: Ihsan Ppembaca


``AKIBAT sakitnya hati, saya menendang dua kali babi hutan yang sedang naik minyak itu sehingga haiwan itu terjatuh ke dalam longkang yang terletak berhampiran dengan jalan. 

``Pada mulanya saya hanya menendang sekali babi hutan itu sebelum ia terjatuh tetapi haiwan itu bangun semula cuba melawan saya dan saya apa lagi dalam keadaan kesakitan saya menendang sekuat tenaga sehingga ia tercampak ke dalam longkang ,’’ kata pesawah padi, Mohd Ramli Putih, 49, yang menceritakan tentang `pergaduhannya’ dengan binatang tersebut.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan babi:

https://kitareporters.com/search?search=babi


BABI hutan yang naik minyak itu terjatuh ke dalam longkang selepas dua kali ditendang oleh Mohd Ramli di Kampung Batu 10, Tanjung Piandang, Parit Buntar. - Kredit foto: Ihsan pembaca 


Mohd Ramli yang tinggal di Kampung Batu 10, Tanjung Piandang, Parit Buntar, Perak memberitahu kejadian itu berlaku pada 25 Januari 2021 lalu sewaktu mangsa dalam perjalanan pulang ke rumahnya selepas dia membeli sebeg simen di sebuah kedai tidak jauh dari kampungnya.


Kredit foto: Ihsan Pembaca


Menurutnya, ketika dia dalam pulang dengan menaiki sebuah motosikal  pada pukul 11 pagi, secara tiba-tiba haiwan yang seberat sekitar 50 kilogram itu melintas di jalan raya lalu merempuh kenderaannya dan dia terjatuh bersama motosikalnya. 

Mohd Ramli berkata, apabila pesawah padi itu bangkit daripada terjatuh tadi, babi hutan berkenaan datang menyerangnya dengan merodong di belakang tubuhnya menyebabkan dia kesakitan sebelum bertindak menendang haiwan buas itu.



``Selepas  haiwan itu terjatuh ia cuba menyerang saya sekali lagi, kemudian saya dengan semangat yang kuat menerajangnya sehingga binatang itu tercampak ke dalam longkang. 

``Apabila babi itu terjatuh, ia tidak dapat naik lagi dari longkang dan saya membunuh babi itu dengan menggunakan sebatang besi yang diambil dari rumah,’’ kata Mohd Ramli yang masih kesakitan ditubuhnya akibat  diserang haiwan tersebut. 

Babi hutan itu bertindak marah serta naik minyak kerana pada kakinya terdapat seutas tali dipercayai terkena jerat yang dipasang oleh penduduk kampung sebelum kejadian itu berlaku. 

Haiwan itu sering kelihatan merayau di kampung itu terutama pada waktu malam untuk mencari makanan. - KitaReporters


BABI hutan tercampak ke dalam longkang berhampiran jalan raya di Kampung Batu 10, Tanjung Piandang selepas ditendang Mohd Ramli. - Kredit foto: Ihsan Pembaca

3
20
10
3
3
You will be interested