Insan & Komuniti 25 Apr, 2021

Arwah ayah meninggal sebelum sempat tunaikan janji! UUM tunaikan dengan berikan komputer riba

@nur sabrina samsudin
Bergiat cergas dalam bidang kewartawanan sejak dibangku sekolah lagi. email:[email protected]

Share this

Prof Madya Dr Rajwani Md Zain (kiri sekali) menunjukkan beg yang mengandungi komputer riba dan alat mengecasnya.


HASRAT arwah ayah pelajar semester dua Sarjana Muda Falsafah, Undang-undang dan Perniagaan dengan Kepujian Universiti Utara Malaysia (UUM), Ahmad Nazmi Asyraf Abdul Rafi’ tertunai dengan kehadiran Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Prof Madya Dr Hendrik Lamsali untuk menyerahkan sebuah komputer riba untuk kegunaannya.

Ayah Ahmad Nazmi Asyraf sebelum meninggal dunia pada 20 April 2021 akibat serangan jantung berjanji akan berusaha untuk memenuhi permintaan anaknya untuk membeli komputer riba bagi kegunaannya nanti terutama untuk bagi kelas pembelajaran secara online. 


Lagi laporan-laporan menarik berkaitan UUM

Ahmad Nazmi Asyraf (dua dari kiri) menerima komputer riba daripada Prof Madya Dr Hendrik Lamsali.


"Ayah terpaksa menangguhkan hasrat untuk membeli komputer riba untuk saya kerana terpaksa mendahulukan pembelian telefon untuk kegunaan adik yang kebetulan memerlukan telefon juga kerana pembelajaran dalam talian terutama semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pandemik koronavirus COVID-19," ujarnya ketika menerima kunjungan Prof Madya Dr Hendrik Lamsali; Dekan Hal Ehwal Pelajar, Prof Madya Dr Massudi Mahmuddin; dan Pengarah Bahagian Perkhidmatan dan Sokongan Pelajar (SSSD), Prof Madya Dr Rajwani Md Zain.

Ahmad Nazmi Asyraf yang ditemui berkata, arwah ayahnya yang bekerja sebagai pengawal di Alor Star meninggal dunia kerana diserang sakit jantung.

Sementara itu, Prof Madya Dr Hendrik Lamsali berharap Ahmad Nazmi Asyraf bersabar dan menumpukan perhatian kepada pelajarannya.

"Kami di UUM mengucapkan takziah kepada keluarga Ahmad Nazmi Asyraf dan sekiranya pelajar ini memerlukan sebarang bantuan boleh menghubungi pihak universiti," ujar Prof Madya Dr Hendrik ketika menziarahi keluarga pelajar di rumahnya pada 23 April 2021.

Beliau menambah melalui SSSD UUM di bawah Pengarahnya Prof Madya Dr Rajwani Md Zain beberapa, kemudahan disediakan untuk pelajar termasuk membantu mereka untuk menguruskan pinjaman, biasiswa, perkhidmatan insurans, bantuan kepada Orang kelainan Upaya (OKU), kebajikan kepada pelajar Orang Asli, komputer riba, khairat kematian dan sebagainya.  


Dekan Hal Ehwal Pelajar Prof Madya Dr Massudi Mahmuddin (kanan sekali) bersama dokumen penyerahan komputer riba.


Dalam pada itu Ahmad Nazmi Asyraf yang masih bersedih dengan kehilangan arwah ayahnya mengucapkan terima kasih dan terkejut dengan kehadiran TNC, Dekan dan Pengarah SSSD.

“Saya berterima kasih kerana bukan sahaja datang ziarah saya dan keluarga malah menyampaikan komputer riba untuk kegunaan saya," katanya lagi.

Menurut Ahmad Azmi Asyraf, komputer riba yang diterima itu akan digunakan sebaiknya terutama untuk kelas online nanti dan berharap satu hari nanti dia dapat membantu pelajar universiti ini sebagai tanda terima kasih walaupun berat untuk menunaikannya nanti. - KitaReporters


Prof Madya Dr Hendrik Lamsali (kanan) mendapatkan butiran pelajar yang kehilangan arwah ayahnya pada 20 April 2021.

 

0
0
7
0
0
You will be interested