Insan & Komuniti 12 Aug, 2021

Video| Jenazah ulama disegani di Lombok 'hilang' dari kain kapan! Semasa pengebumian jenazahnya!

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: [email protected]

Share this

JENAZAH Tuan Guru Bajang Lalu Al Bayani Akbar diletakkan di dalam liang lahat untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Desa Padamara, Sukamulia, Lombok Timur dan tiba-tiba didapati jasadnya hilang pada 8 Ogos 2021. - Kredit Foto : Detik.com


VIRAL sebuah video jenazah seorang alim ulama di Desa Padamara, Sukamulia, Lombok Timur, Nusa Tenggara Barat (NTB) yang sedang dikebumikan di dalam liang lahat di tanah perkuburan secara tiba-tiba `hilang’ dalam satu kejadian misteri dan gempar pada 8 Ogos 2021 lalu.

Ulama tersebut, Tuan Guru Bajang Lalu Al Bayani Akbar, 84, telah meninggal dunia pada pukul 10 malam 7 Ogos 2021 kemudian jenazahnya dikebumikan di tanah perkuburan di desa itu pada pukul 3.30 petang keesokan harinya yang dihadiri anak Allahyarham serta warga desa berkenaan.


Lagi cerita-cerita pilu berkaitan meninggal dunia

JENAZAH ulama yang dikatakan kemudian jazadnya hilang itu dibawa oleh penduduk untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan. - Kredit foto: Suara Jatim



Allahyarham tuan guru itu merupakan seorang Mursyid Thoriqoh Naqsabandiyah berasal dari Dusun Padamara, Kacamatan Sukamulia, Lombok Timur.

Dipetik daripada laporan Tribunnnewswiki.com pada 10  Ogos 2021 berkata, video berkenaan memperlihatkan proses pengebumian jenazah Allahyarham yang dimuatnaikkan oleh akaun Facebook, Noer Songket Nur pada 8 Ogos 2021.

Video itu memaparkan, penduduk sedang menurunkan jenazah ulama itu ke liang lahat untuk disemadikan.

Ia turut terlihat, warga memusingkan sedikit jenazah Allahyarham dan menutup dengan papan sebelum jenazah itu dikebumikan di tanah perkuburan tersebut.

Bagaimanapun, warga yang hadir di pengebumian jenazah alim ulama itu menjadi terkejut dan gempar seketika apabila mendapati secara tiba-tiba jasad Allahyarham yang telah dikapan dengan kain putih itu 'hilang' di dalam liang lahad.


MESKIPUN jasad ulama itu didapati hilang tetapi pengebumian tetap dilakukan bersama kain kapan putih.- Kredit Foto : Tribunnews.com


Sebelum itu, semasa jenazah Allahyarham itu dibawa turun ke liang lahat sememangnya jazadnya masih berada bersama di dalam kain kapan.

Namun kemudian warga desa melihat sebelum jasad ulama itu hilang, kain kapan pada jasadnya kelihatan mengempis secara perlahan terlebih dahulu sebelum jenazah hilang

Berikutan dengan kejadian yang dianggap ganjil itu , kedengaran tangisan anak serta ahli keluarga yang berada di pusara itu dan ia turut disaksikan oleh warga desa.

``Ni jasad Mamiq (gelaran bapa) kempes (tiada), kempes mamiq telang mamiq... Alhamdulillah jasad bapak kempes, kempes, hilang bapak,’’ kata anak-anaknya dalam bahasa tempatan.


Kredit Foto : Tribunnews.com



Ekoran kejadian itu, empat lelaki yang berada di dalam liang lahat itu terus naik ke atas.

Anaknya, Baiq Fitriana Dwi Nispiana berkata, ketika itu dia dan ahli saudaranya melihat kain kapan jenazah bapanya yang berada di dalam liang lahat itu mengempis.

Dia berkata, sewaktu doa serta takbir berkumandang mengiringi pengebumian jenazah bapanya itu, secara tiba-tiba kain kapan jenazah bapanya mengempis dan jenazah 'hilang' dari liang lahat tersebut.


Kredit Foto : Tribunnews.com


Walaupun kejadian yang tidak diduga itu berlaku tetapi pemakaman jenazah bapanya tetap diteruskan bersama kain kapan itu sahaja.

Allahyarham ulama itu adalah seorang tokoh agama yang disegani di Pulau Lombok itu. 

Solat jenazah di Masjid As Suhada, Desa Padamara dan pengebumian jenazah ulama itu turut dihadiri ramai penduduk dari Lombok Tengah, Lombok Barat dan Sulawesi. - KitaReporters


WARGA desa serta ahli keluarga ulama itu hadir semasa pengebumian jenazah Tuan Guru Bajang pada 8 Ogos 2021. - Kredit Foto : Tribunnews.com


4
1
2
4
1
You will be interested