Insan & Komuniti 13 Apr, 2021

Majlis bersanding tetap diteruskan! Pengantin berseluar pendek, tak berbaju, tangan berbalut!

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this

MAJLIS persandingan tetap diteruskan walaupun pengantin lelaki hanya berseluar pendek tanpa berbaju. - Kredit foto: kompas.com


Hari persandingan adalah hari yang penuh bermakna dan akan dikenang sampai bila-bila. Malah ketrampilan pada hari istimewa juga semestinya tidak mahu kalah dan mahu kelihatan seperti pasangan diraja.

Namun tidak bagi pasangan mempelai dari Jawa Timur, Indonesia ini apabila pengantin lelaki tampil bersanding dalam keadaan yang tidak sempurna tetapi hanya dengan menggayakan seluar pendek, tanpa berbaju serta keadaan tangan berbalut.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan pengantin



Persandingan unik berkenaan menjadi tular apabila beberapa gambar persandingan mereka dimuat naik dalam Twitter baru-baru ini.

Menurut pengantin perempuan, Elinda Dewi Kritiani dia terpaksa reda sesuatu yang tidak dijangka berlaku pada hari persandingan.

Apa tidaknya? Dia yang anggun dengan busana tradisional jawa sepatutnya digandingkan dengan pasangan yang segak bergaya dengan pakaian tradisional. Namun yang berlaku sebaliknya apabila suaminya, Suprapto hanya mengenakan seluar pendek dengan keadaan tangan yang berbalut. 

Sebenarnya, empat hari sebelum majlis pernikahannya, Suprapto terlibat dalam kemalangan jalan raya sehingga menyebabkan cedera di bahu. Malah pada hari persandingan itu juga, pengantin lelaki juga dikatakan baharu dibenarkan keluar hospital selepas selesai menjalani pembedahan.

Inilah dikatakan malang tidak berbau!.

“Bahunya baru lepas dibedah dan baru pulang dari hospital pada ketika itu,” katanya yang dipetik oleh kompas.com.


MENYAMBUT kedatangan suaminya yang terpaksa diletakkan di kerusi selepas selesai menjalani pembedahan di hospital.


Walaupun tidak tampil segak pada hari bahagianya, Suprapto tetap mahu meneruskan hari bahagia selain mahu menjaga hati isteri tersayang.

Malah pasangan mempelai itu turut diarak dalam majlis berkenaan sebelum bersanding di pelamin.

Walaupun terpaksa berpenampilan sedemikian, orang ramai  memuji dan memberi semangat kepada pasangan berkenaan kerana masih menggagahkan diri ke majlis perkahwinannya.

Syukur semuanya berjalan dengan lancar dan selesai dengan sempurna. - KitaReporter


1
3
0
2
0
You will be interested