Kisah Insan 13 Apr, 2021

Berita Terkini| Penjawat awam digalakkan berwakaf! Secara berkala melalui potongan gaji - PM

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@reporters.com

Share this


BAGI meningkatkan tabungan dana dan aset wakaf negara, satu inisiatif perlu dirangka pada peringkat kerajaan persekutuan untuk menggalakkan penjawat awam berwakaf, khususnya secara berkala melalui potongan gaji.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tindakan itu antara empat perkara utama yang digariskan bagi memastikan instrumen wakaf dapat memainkan peranan penting dalam membantu ekonomi negara.

Sehubungan itu, beliau mahu semua ketua setiausaha kementerian dan ketua jabatan serta agensi peringkat persekutuan memainkan peranan dalam menggalakkan pegawai dan kakitangan mereka berwakaf.

Katanya, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali telah meluluskan Pekeliling Am Bil. 1 Tahun 2020 Tatacara Pelaksanaan Sumbangan Wakaf Tunai Melalui Potongan Gaji Secara Sukarela Bagi Pegawai Awam yang berkhidmat di Wilayah Persekutuan dan negeri.

“Begitu juga dengan institusi-institusi perbankan dan kewangan dalam membantu mempelbagaikan lagi platform berwakaf," ujarnya yang dipetik oleh Bernama.

Terdahulu, beliau melancarkan Bulan Wakaf Kebangsaan Tahun 2021 di Putrajaya, pada Selasa, 13 April 2021.

Katanya, institusi-institusi kewangan Islam seharusnya menjadikan wakaf sebagai elemen yang menjadi nilai tambah kepada produk dan perkhidmatan kewangan mereka. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporters


 

0
0
0
0
0
You will be interested

Video| Tabik spring kakak ni! Terjatuh masa buat catwalk! Tapi model tetap profesional di runway!

Tular video seorang model atau peragawati yang terjatuh ketika peraga baju sehingga jadi tarikan ramai tapi wanita itu teruskan acara dengan penuh profesional

Video| Alhamdulillah! DS Vida dan Ahmad Iqbal berdamai! Ikhlas bermaafan! Buka lembaran baharu!

Pergaduhan antara DS Vida bersama bekas pembantu beliau, Ahmad Iqbal Zulkefli pernah jadi tumpuan rakyat Malaysia. Tapi kini mreka sudah berdamai dan bermaafan
Mohd Amirul Fazli Zulkafli in Kisah Insan 2 days ago

Enggan beri pinjaman! Majikan parah dipukul pekerja sendiri! Kini bertarung nyawa di hospital!

APABILA manusia terdesak menyebabkan mereka tergamak melakukan apa sahaja, kadan
Zuhayati Yazid in Kisah Insan 2 days ago

Video| Demimu anak! Ayah terjun ke tasik selamatkan anak perempuan! Tindakan spontan dapat pujian!

Tular video perlihat seorang anak kecil terjatuh ke dalam sebuah tasik dan tindakan spontan daripada ayahnya yang terus terjun ke bawah untuk selamatkan anaknya
Mohd Amirul Fazli Zulkafli in Kisah Insan 3 days ago

2 Dekad Cinta Tanpa Sempadan! PERNIM sambut ulang tahun ke-18! Norlina Alawi lancar buku autobio!

Kehadiran bayi yang ditolak keluarga kandung itu buka hati Norlina Alawi untuk tubuhkan Persatuan Kebajikan Anak Pesakit HIV/AIDS Nurul Iman Malaysia (PERNIM)
Rahana MD in Kisah Insan 3 days ago