Insan & Komuniti 27 Dec, 2020

Gara-gara Facebook! Pemuda, isteri orang ditangkap khalwat!

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: [email protected]

Share this

ORANG tua pernah berkata sepandai-pandai tupai melompat akhirnya terjatuh juga. Biarpun kadangkalanya ia sempat berpaut pada dahan tetapi jikalaulah dahan itu rapuh sudah pasti haiwan itu akan jatuh juga ke tanah. : KitaReporters

LELAKI bersama kekasihnya yang berstatus isteri orang ditangkap khalwat di Taman Selasih, Kulim, Kedah pada 25 Disember 2020. - Kredit foto: FB Pejabat Agama Kulim


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan khalwat:

https://kitareporters.com/search?search=khalwat


Peribahasa itu boleh dikaitkan dengan seorang pemuda yang berumur 26 tahun yang hobinya suka memikat serta menggoda isteri orang dalam laman Facebook akhirnya menerima padah apabila pemuda itu ditangkap khalwat bersama isteri orang berusia 41 tahun di rumah sewanya di Taman Selasih, Kulim, Kedah pada 3.40 petang, Jumaat 25 Disember 2020. 

Pemuda terbabit yang bekerja sebagai jurujual di sebuah pasar raya di daerah itu dikatakan sebelum ini berminat dengan isteri orang dan abang guard itu juga sering memuat naik hubungan intimnya dengan beberapa wanita lain yang sudah bersuami dalam laman sosial media miliknya

Jiran yang tinggal berhampiran rumah sewa lelaki itu tidak menafikan lelaki yang berasal dari Kelantan itu sering membawa pulang isteri orang untuk melakukan perbuatan terkutuk di rumahnya terutama pada hari jumaat. 

Kemungkinan juga jurujual itu menyasarkan kaum wanita seumpama itu tidak mengundang risiko yang tinggi baginya semasa menjalinkan  ikatan `kasih serta sayang’ kerana wanita yang menjadi mangsa kekasihnya adalah isteri orang.


WANITA yang mempunyai tiga orang anak itu bersembunyi di dalam sebuah almari di rumah sewa jurujual terbabit. -  Kredit Foto: FB Pejabat Agama Kulim 


Pegawai Penguat Kuasa Pejabat Agama Daerah Kulim, Anwar Sharifuddin Mat Saad berkata pasangan tersebut ditangkap oleh kakitangannya, imam serta jawatankuasa Masjid Taman Selasih pada hari berkenaan selepas menerima aduan daripada orang awam di kawasan itu. 

Menurutnya, sebaik sahaja serbuan dibuat di rumah sewa terbabit, pintu rumah dibuka oleh seorang lelaki India yang turut menyewa di rumah itu. 

``Ketika itu lelaki yang masih bujang itu berada di dalam biliknya, manakala wanita yang mempunyai tiga orang anak itu sedang bersembunyi di dalam almari di bilik itu juga. 

``Kami menerima banyak aduan mengenai pemuda itu yang sering memuat naik status dalam media sosial selepas setiap kali berjaya menjadikan isteri orang sebagai kekasihnya,’’ katanya.



Anwar Sharifuddin berkata, sebelum itu jurujual terbabit sering dilihat membawa masuk beberapa wanita ke rumahnya semasa umat Islam sedang sibuk menunaikan solat Jumaat tetapi kes tangkapan khalwat terhadapnya sebelum ini terlepas. 

Wanita yang berasal dari Pendang, Kedah itu mengaku mengenali lelaki berkenaan melalui Facebook dan dia berada di rumah kekasihnya sejak pukul 11 pagi sebelum mereka ditangkap khalwat pada pukul 3.40 petang pada hari tersebut. 

Pasangan tersebut dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim, Kedah untuk dibuat laporan tangkapan pasangan kekasih itu sebelum diambil keterangan. 

``Kes itu disiasat mengikut Seksyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara ataupun kedua-duanya,’’ kata Anwar Sharifuddin. - KitaReporters

1
2
0
0
1
You will be interested