Insan & Komuniti 15 Dec, 2020

Temu diari arwah anak! Buat Linda Rafar sebak selepas 6 tahun

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this

BERDEPAN kehilangan insan tersayang sangat memeritkan, biarpun telah lama dia ‘pergi’ tapi ingatan kepadanya tetap utuh. Lebih-lebih lagi yang tiada itu adalah anak yang dikandung sendiri, semestinya sukar untuk diluah kerinduan berkenaan.  : KitaReporters 



Lagi kisah-kisah berkaitan meninggal dunia:

https://kitareporters.com/search?search=meninggal+dunia


Perkara sama turut berlaku kepada penyanyi dan pelakon, Linda Rafar yang sentiasa merindui anak keduanya, Allahyarham Rezaimen Keiflin Keifli biarpun hampir enam tahun meninggalkan alam fana.

Lebih memeritkan jika mengimbau kenangan bersama pasti menambah derita yang ditanggung.

Terbaharu, Linda berkongsi kepedihan yang dirasai selepas menemui sebuah diari miliknya, lebih mesra dipanggil Memen yang meninggal dunia akibat penyakit kanser pada tahun 2014.



Lebih mengundang sebak apabila Linda memaklumkan dia baru sahaja menjumpai diari tersebut.

“Allahuakbar!!! after 6 years memen tinggalkan ma.. ma terjumpa balik diary yg memen tulis.. ada nama adik bradik,ada cter2 yg tersurat n tersirat .. segala luahan rasa hati memen semua ada dlm diary ni.” Kongsinya di ruangan Instagramnya, baru-baru ini.

Pemilik nama sebenar Azlinda Abd. Rafar itu menjelaskan saat menemui tulisan anaknya dia sangat sebak dan terkejut dengan penemuan istimewa berkenaan.

“Mama sebak sgt ni ..x tau nk ckp mcmne men.. cuma mcm ada sesuatu yg ma rasa men nk ma sampai kan pd semua followers mama Di sini,” kongsinya lagi.



Menerusi perkongsian dalam diari berkenaan Memen berkongsi perjalanan kehidupannya selepas disahkan menghidap kanser. Malah, dia juga berkongsi  kesakitan yang terpaksa dilalui dan ditanggung ketika menerima rawatan di hospital termasuk menjalani kimoterapi.

Sementara itu, bekas anggota kumpulan Elite itu berjanji akan berkongsi luahan hati anak syurga miliknya itu.



Memen yang meninggal dunia 5 Julai 2014 adalah anak Linda hasil perkahwinan terdahulu bersama Keifli Othman dan pasangan itu dikurniakan dua anak iaitu arwah Memen dan Rezaril Keflin.

Selepas pemergian anaknya, Linda banyak bergiat dengan aktiviti kemasyarakatan termasuk menjadi penceramah berkongsi keperitan yang dilalui selepas kehilangan anaknya.

Didorong dengan semangat dan kekentalan Linda menempuhi ujian itu, ada pihak yang tertarik mengundangnya ke acara tertentu yang dihadiri pelbagai lapisan khalayak seperti anak yatim, pelajar tahfiz, kolej, universiti dan agensi serta pertubuhan daripada pelbagai latar kerja.

Linda banyak berkongsi mengenai penyakit kanser dan perjalanan dirinya melalui dugaan itu dari awal hinggalah Memen menghembuskan nafas terakhir.

Semoga Linda terus kuat demi anak-anak yang lain, Insya-Allah Memen setia menunggu ibunya di sana!. - KitaReporters


9
2
5
0
0
You will be interested