Kisah Insan 24 Dec, 2020

Scammer dua benua! Dua mangsa rakyat Malaysia rugi RM284,500

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawan peringkat negeri Terengganu

Share this

KES kejadian penipuan atau scam dalam laman Facebook ada yang berselindung di sebalik janji `cinta antara dua benua’ dan ada juga atas janji nak cepat kekayaan. Terkini, dua kes dilaporkan mengakibatkan kerugian RM284,500 dalam tempoh dua minggu sejak 11 Disember 2020 lalu. : KitaReporters



Lagi kisah-kisah berkaitan scam:

https://kitareporters.com/search?search=scam


Ia termasuk seorang wanita berusia 40-an dari Kepala Batas, Butterworth, Pulau Pinang yang telah tertipu sebanyak RM177,500 selepas berkenalan selama lebih sebulan dengan seorang lelaki dari Poland dan kes ini telah dilaporkan kepada polis pada 11 Disember 2020. 

Mangsa yang kedua pula ialah seorang lelaki berumur 61 tahun dari Kluang, Johor yang kerugian RM107,000 pula selepas mengenali seorang wanita dari Amerika Syarikat dalam laman media sosial sejak November 2020 lalu dan lelaki terbabit membuat laporan polis pada 18 Disember 2020. 



Ia mengambarkan seolah-olah mangsa terbabit tidak berhati-hati serta tidak beringat ke atas warga asing yang kita hanya mengenalinya dalam Facebook juga dipercayai dilakukan oleh anggota sindiket African Scam sentiasa mencari mangsanya mempunyai wang sebelum menawarkan pelbagai janji. 

Bayangkan dalam masa dua minggu sahaja terdapat dua kes yang dilaporkan kepada pihak berkuasa dan kita tidak pasti kemungkinan banyak lagi kes tersebut dirahsiakan akibat ia memalukannya kerana mangsa cepat terpedaya `ayat cinta’ atau 'kilauan emas permata' daripada warga asing terbabit sama ada lelaki ataupun wanita. 

Sepatutnya mangsa penipuan itu tidak mudah terjerat dengan cinta murahan atau janji melangit yang ditaburkan oleh warga asing ketika melayari teman alam maya jikalau kita sedar bahawa sebelum ini banyak kejadian penipuan. 

Ini  kerana tidak mustahil perkenalan yang tercipta dalam masa sesingkat tetapi warga asing itu sanggup pula memberi pelbagai hadiah menarik atau kekayaan segera untuk meyakinkan hati mangsa.


NORZAINY MOHD NOOR  


Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Pulau Pinang, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, mangsa wanita terbabit mengalami kerugian RM177,500 itu berasal dari Kepala Batas, Butterworth akibat terjerat selepas mengenali seorang lelaki di Facebook hanya dalam masa lebih sebulan sahaja. 

Beliau berkata, lelaki tersebut memberitahu mangsa bahawa dia ada mengirim wang serta hadiah kepadanya melalui sebuah syarikat perkhidmatan penghantaran di Kuala Lumpur.

``Dengan pengiriman wang serta barangan hadiah itu, lelaki dari Poland itu telah mengarahkan mangsa supaya membayar cukai, insurans dan caj perkhidmatan lain sebelum mengambil barangan tersebut yang berada di Kuala Lumpur. 

``Akibat terperdaya dengan kata-kata lelaki itu yang meyakinkan menyebabkan wanita itu tanpa berfikir panjang telah membuat 17  transaksi pemindahan wang ke dalam lima akaun tempatan dalam masa dua hari yang jumlah kesemuanya ialah RM177,500,’’ katanya seperti dilaporkan dalam media pada 11 Disember 2020 lalu.


MOHD SALLEH ABDULLAH 


Mangsa kedua penipuan itu terjadi apabila seorang lelaki mengenali seorang wanita bernama Laura Andreson mendakwa dirinya sebagai Kapten Tentera Laut Amerika Syarikat berkerja di Iraq di bawah Panji Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Negeri Johor, Asisten Komisioner Mohd Salleh Abdullah berkata mangsa lelaki itu berkenalan dengan Laura dalam Facebook sejak awal November 2020 lalu. 

Beliau memberitahu, lelaki itu ditipu selepas Laura berjanji akan menghantar wang, emas dan belian iaitu barangan yang dirampas daripada hasil pemberontak di Iraq kepada lelaki terbabit. 

``Selepas itu mangsa dihubungi pula oleh seorang wanita Melayu yang kononnya mendakwa sebagai ejen penghantar barangan dan wanita itu meminta mangsa membuat bayaran untuk kos perkhidmatan penghantaran wang, sijil, pengubahan wang haram dan cukai emas. 

``Akibat wanita Melayu yang menghubungi mangsa telah menambahkan lagi keyakinannya menyebabkan mangsa tanpa berfikir panjang telah membuat sembilan transaksi pembayaran berjumlah RM107,000,’’ kata Mohd Salleh dalam satu kenyataan pada 18 Disember 2020 lalu. 

Lelaki yang berumur 61 tahun itu menyedari dirinya tertipu apabila akaun Facebook mangsa disekat oleh Laura. - KitaReporters

You will be interested

Video| Ngoc Manh jadi Superman! Selamatkan kanak-kanak 2 tahun terjatuh dari tingkat 12 kondo

Seorang kanak-kanak perempuan dua tahun terselamat selepas terjatuh dari kediamannya di apartmen tingkat 12 di Hanoi. Berjaya disambut oleh Nguyen Ngoc Manh, 31

Warga emas Senik Mat Zin gigih bercucuk tanam! Untuk kegunaan keluarga! Untuk kepuasan hidup!

Senik Mat Zin, 86, dari Bukit Pelong, Bandar Permaisuri gigih usahakan pelbagai tanaman berhampiran rumah anaknya kerana bertani dah sebati dalam kehidupannya
Mohammad Ishak in Kisah Insan 10 hours ago

Video| Pak Cik Masri jual kerepek nak kumpul duit umrah! Rajin amal zikir: Ya Fatah! Ya Razak!

Demi terus cari rezeki, Pak Cik Masri berniaga berbagai jenis kerepek di Shah Alam, Dulunya beliau seorang pemandu teksi dan terpaksa tukar kerjaya kerana PKP
Isa Ramli in Kisah Insan 11 hours ago

Video| Pengalaman luar biasa diplomat Rusia di Korea Utara! Tolak troli kereta api untuk pulang

Sempadan ditutup sebab COVID-19, maka Vladislav Sorokin, diplomat Rusia di Pyongyang kena tolak troli di atas landasan kereta api bagi bawa keluar keluarganya
Isa Ramli in Kisah Insan 19 hours ago

Video| Pasangan dipaksa kahwin selepas ditangkap bermesraan! Kemudian diserahkan ke balai polis

Sepasang kekasih ditangkap bermesraan di sebuah kedai makan lalu dipaksa berkahwin kemudian dibawa ke balai polis untuk diselamatkan daripada kemarahan penduduk
Fauzan Uda Ahmad in Kisah Insan 1 day ago