Insan & Komuniti 02 Nov, 2020

Cedera ligamen! MB Terengganu dah jalani pembedahan lutut!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.

Share this

GARA-GARA melakukan aktiviti riadah Menteri Besar Terenggganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mengalami kecederaan ligamen lutut akibat terjatuh ketika melakukan aktiviti tersebut. Susulan kejadian itu, beliau telah dikejarkan ke hospital dan kemudian menjalani pembedahan lutut di sebuah hospital di Bandar Raya Kuala Terengganu pada Ahad, 1 November 2020. : KitaReporters


Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar

Lagi cerita-cerita berkaitan Dr Ahmad Samsuri:

https://kitareporters.com/search?search=ahmad+samsuri


Beliau telah mengalami kecederaan dalaman pada ligamen lutut akibat terseliuh kerana menahan badan daripada terjatuh sewaktu melakukan aktiviti riadah.

Setiausaha politiknya, Muhyidin Abdul Rashid berkata pembedahan telah diselesai dan beliau telah diberi cuti sakit selama enam minggu,” katanya dalam satu kenyataan.


Kenyataan Media Muhyidin Abdul Rashid

Muhyidin Abdul Rashid


Muhyidin berkata, sepanjang tempoh penyembuhan, Ahmad Samsuri telah dinasihatkan doktor yang merawatnya agar mengurangkan pergerakan fizikal. 

Begaimanapun, katanya, Ahmad Samsuri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Rhu Rendang akan tetap berusaha menjalankan tangggungjawabnya mentadbir kerajaan negeri termasuk menghadiri Sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu tidak lama lagi.

Ahmad Samsuri  selesai menjalani pembedahan lutut selepas mengalami kecederaan ‘anterior cruciate ligament (ACL), reconstruction and cartilage repair’ di sebuah hospital  di Kuala Terengganu.

 

TAMAT

1
1
3
0
0
You will be interested